Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mcmc sosial media

Kerajaan Lancarkan Chatbot AIFA, AI Memerangi Maklumat Palsu

Diterbitkan Januari 28, 2025 · Dikemas kini Januari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil melancarkan Chatbot Sebenarnya.my atau dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) bagi memerangi maklumat palsu.

Chatbot Sebenarnya.my merupakan usaha kerajaan melalui agensi di bawah Kementerian Komunikasi iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Chatbot AIFA juga berperanan meningkatkan fungsi portal Sebenarnya.my dengan 3 objektif utama iaitu:

  1. membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan cepat dan mudah,
  2.  mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian serta;
  3. memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia.

Ciri-ciri utama Chatbot AIFA termasuklah:

  • Aksesibiliti: Mesra pengguna dan boleh diakses sepanjang masa di portal dan platform WhatsApp;
  • Pengesahan fakta yang pantas: Menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin (machine learning) untuk memadankan maklumat dengan sumber yang boleh dipercayai;
  • Pendidikan digital: Berperanan bukan sekadar menyampaikan maklumat sahih bahkan mendidik pengguna mengenal pasti sumber maklumat yang boleh dipercayai;
  • Penglibatan komuniti: Menggalakkan rakyat terlibat secara aktif dengan platform chatbot yang disediakan;
  • Pelbagai bahasa: Tersedia dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil sekali gus memastikan akses kepada pelbagai kumpulan pengguna; dan
  • Input: Pada masa ini, input hanya diterima dalam format teks. Namun, kemampuan untuk menerima input dalam pelbagai format akan diteroka pada masa hadapan.

Jadi, dengan adanya kemudahan ini, orang ramai disaran untuk menggunakan AIFA bagi mendapatkan kesahihan sesuatu berita dan membantu pihak kerajaan dalam menangani penyebaran maklumat palsu.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial
  • OpenAI Lancar Operator - Ejen AI Serba Guna

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY