Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Solo Leveling re awakening

Treler Filem Anime Solo Leveling Dah Keluar, Musim Kedua Bakal Menyusul

Diterbitkan Oktober 23, 2024 Β· Dikemas kini Oktober 23, 2024 oleh ariff bukhari

Filem anime Solo Leveling -ReAwakening, yang merangkumkan musim pertama siri anime popular itu dan memberikan pratonton eksklusif 2 episod pertama musim keduanya nanti, akan ditayangkan di pawagam terpilih di Amerika Syarikat dan Kanada pada 6 Disember 2024.

Manakala di Jepun pula tayangannya lebih awal iaitu bermula 29 November 2024.

Treler baharu itu yang memaparkan aksi mendebarkan untuk filem itu juga telah dilancarkan di YouTube.

Solo Leveling
Solo Leveling musim kedua, -π€π«π’π¬πž 𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐭𝐑𝐞 π’π‘πšππ¨π°- akan ditayangkan di Jepun bermula Januari 2025.

Berdasarkan siri webtoon Korea oleh DUBU REDICE Studio, Chugong, dan h-goon, Solo Leveling diarahkan oleh Shunsuke Nakashige dari studio animasi A-1 Pictures.

Crunchyroll menggambarkan Solo Leveling -ReAwakening- sebagai pengalaman sinematik yang menggabungkan rangkuman musim pertama dan pratonton dua episod pertama musim kedua yang sangat dinanti-nantikan.

Solo Leveling berlatarkan lebih sedekad selepas pintu dimensi yang menghubungkan dunia ini dengan dimensi lain muncul, di mana orang dengan kuasa luar biasa dipanggil “hunter” terjaga.

Sung Jinwoo, seorang hunter paling lemah, menemui kurungan bawah tanah berganda yang tersembunyi dan hampir maut.

Namun, dia memilih untuk menerima cabaran misteri, menjadikannya satu-satunya individu yang boleh meningkatkan tahap kekuatannya.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • AI Diguna Untuk Menukar Suara Dragon Ball, Gundam Kepada Bahasa Inggeris, Cina
  • Insta360 Ace Pro 2 Kamera Aksi Dengan Lensa Leica, Harga Dari RM1,899

Sumber: Crunchyroll News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV Β£180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY