Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook featured_5

Butang ‘Like’, Komen Facebook Tidak Lagi Berfungsi Pada Laman Web Mulai Februari 2026

Diterbitkan November 11, 2025 ยท Dikemas kini November 11, 2025 oleh Amalina Athman

Meta kini mengumumkan bahawa dua ‘plugin’ atau pemalam popular Facebook untuk laman web pihak ketiga, iaitu butang ‘Like’ dan komen, akan dihentikan mulai 10 Februari 2026.

Sebelum ini, kedua-dua pemalam membolehkan pengguna memberi tanda suka dan meninggalkan komen Facebook terus pada kandungan laman web pihak ketiga.

fb comment plugin_1
fb like plugin_1

Dengan perubahan ini, kedua-duanya akan berhenti berfungsi dan menjadi tidak kelihatan (0x0 piksel) pada laman web.

Perlu diketahui bahawa perubahan ini hanya akan mengalih keluar pemalam daripada laman web, tanpa menjejaskan fungsi utama atau ciri lain laman web. Tiada mesej ralat atau gangguan akan berlaku.

Bagi pihak pembangun, tiada tindakan yang diperlukan. Namun, pembangun boleh memilih untuk membuang kod pemalam bagi pengalaman pengguna yang lebih kemas. Sebarang perubahan boleh dibuat sebelum 10 Februari 2026.

Menurut Meta, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menumpukan kepada alat dan ciri yang lebih relevan serta memberi nilai terbaik kepada pembangun dan perniagaan. Pemalam ini kini dianggap daripada era pembangunan web terdahulu dan penggunaannya semakin berkurangan seiring evolusi landskap digital.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Meta Ray-Ban Display Dilancarkan Dengan Skrin Terbina, Gelang EMG
  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI
  • Didakwa Raih Untung Dari Iklan Penipuan, MCMC Mahu Penjelasan Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY