Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook Meta

Didakwa Raih Untung Dari Iklan Penipuan, MCMC Mahu Penjelasan Meta

Diterbitkan November 10, 2025 · Dikemas kini November 10, 2025 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius dakwaan Reuters bahawa Meta meraih keuntungan daripada iklan penipuan, perjudian dalam talian dan aktiviti haram.

Ekoran itu, MCMC akan memanggil Meta untuk penjelasan rasmi dan pada masa yang sama akan turut menyiasat perkara tersebut.

Jika terbukti, ia merupakan pelanggaran undang-undang negara dan kepercayaan awam.

Antara 1 Januari hingga 4 November 2025, MCMC mengemukakan 157,208 permintaan kepada Meta untuk menurunkan iklan haram dan 44,922 berkaitan penipuan—jauh lebih tinggi berbanding TikTok, Telegram, X dan YouTube.

MCMC sebelum ini telah menasihati Meta agar lebih proaktif membanteras aktiviti ini.

MCMC menegaskan, tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat bukti mana-mana platform dengan sengaja membantu atau bersubahat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • 600 Pekerja AI Meta Dilapor Akan Dipindah Atau Diberhentikan
  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY