Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon Summit 2025_1

Snapdragon Summit 2025 Diadakan Lebih Awal – Ini Maksudnya Untuk Telefon ‘Flagship’

Diterbitkan Mei 20, 2025 ยท Dikemas kini Mei 20, 2025 oleh Amalina Athman

Biasanya, Qualcomm akan mengumumkan cip pemproses utama untuk telefon Android generasi terbaru pada acara Snapdragon Summit di Hawaii setiap tahun. Sebelum ini, ada desas-desus tentang pelancaran yang lebih awal, dan kini syarikat itu mengesahkannya secara rasmi.

Semasa pembentangan di acara Computex 2025, CEO Qualcomm Christiano Amon mengesahkan bahawa Snapdragon Summit 2025 akan berlangsung dari 23 hingga 25 September.

Ini bermakna, acara tahun ini akan diadakan sebulan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada 2024, acara itu berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober, manakala pada 2023 pula diadakan pada 24 hingga 26 Oktober.

Pengumuman lebih awal ini juga membuka peluang kepada pengeluar telefon pintar untuk melancarkan model andalan generasi baharu lebih awal.

Sebagai contoh, siri Xiaomi 15 yang menjadi peranti pertama menggunakan Snapdragon 8 Elite dilancarkan pada 29 Oktober, iaitu kira-kira seminggu selepas cip itu diumumkan.

Dengan itu, tidak mustahil sekiranya peranti andalan terbaru yang menggunakan cip ‘Snapdragon 8 Elite 2’ akan mula dilancarkan sekitar hujung September nanti.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Qualcomm X85 5G Dilancar, Modem 5G Terpantas Untuk Telefon Android
  • Qualcomm Perkenal Snapdragon 8s Gen 4 - Cortex-X4, Prestasi 31% Lebih Pantas
  • Qualcomm Perkenal Snapdragon 7 Gen 4 Dengan Peningkatan Ketara Prestasi AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY