Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Elite

Snapdragon 8 Elite Dilancarkan, Cip Terbaru Kuasakan Android Masa Depan

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh ariff bukhari

Qualcomm Technologies, Inc. di acara Snapdragon Summit awal pagi tadi telah  memperkenalkan cip pemprosesan terbaru yang akan mengusakan barisan telefon pintar Android berkelas andalan masa depan, Snapdragon 8 Elite Mobile Platform.

Qualcomm menyatakan bahawa cip mudah alih terbaru ini adalah yang paling berkuasa dan terpantas di dunia.

Ia memperkenalkan teknologi termaju seperti CPU generasi kedua, Qualcomm Oryon, Qualcomm Adreno GPU, dan Qualcomm Hexagon NPU yang dipertingkatkan bagi memberikan peningkatan prestasi luar biasa.

Qualcomm berkata, inovasi ini membolehkan Snapdragon 8 Elite mengubah pengalaman pengguna melalui aplikasi AI generatif pelbagai mod pada peranti mudah alih.

Snapdragon 8 Elite Dilancarkan, Cip Terbaru Kuasakan Android Masa Depan

Malah teknologi ini juga mempertingkatkan keupayaan kamera, permainan, pelayaran internet dan banyak lagi.

Syarikat-syarikat terkemuka yang mengeluarkan peranti Android termasuk ASUS, Honor, iQOO, OnePlus, OPPO, realme, Samsung, vivo, Xiaomi dan banyak lagi telah bersedia untuk melancarkan peranti yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite, dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • MediaTek Dimensity 9400 Dilancar, Cip 3nm Yang Lebih Pantas
  • HONOR Hadapi Tekanan Dan Cabaran Selepas Tinggalkan Huawei - CEO

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY