Xiaomi secara rasmi kini mengumumkan Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro untuk pasaran China.
Seperti diumumkan pada minggu lalu, kedua-dua model menjadi yang pertama dilancarkan dengan janaan cip Snapdragon 8 Elite yang berasaskan nod 3nm generasi kedua.
Ia turut berkongsi beberapa ciri lain termasuk konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan 1TB storan UFS 4.0, HyperOS 2, sokongan pengimbas cap jari ultrasonik, sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 serta penarafan IP68.
Xiaomi 15 Pro
Xiaomi 15 Pro menawarkan beberapa ciri premium tambahan. Peranti ini dibekalkan dengan kapasiti bateri 6,100mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W wayarles.
Dari segi rekaan, Xiaomi 15 Pro menampilkan skrin bersaiz 6.73-inci LTPO OLED dengan resolusi 2K, sokongan kadar segar semula adaptif 1-120Hz serta maksimum kecerahan 3200 nit.
Beralih ke bahagian kamera, ia dilengkapi 50MP lensa utama (Light Fusion 900 f/1.44), 50MP ultra lebar, dan 50MP periskop (IMX858 f/2.5) dengan 5x zum optik.
Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Green, Rock Ash, White dan Silver Edition.
Xiaomi 15
Xiaomi 15 mengekalkan saiz yang sama seperti pendahulunya, iaitu 6.36-inci LTPO OLED dengan resolusi 1.5K, sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz dan maksimum kecerahan 3,200 nit.
Bagi menghidupkan peranti, ia diisi dengan bateri 5,400mAh yang juga menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W wayarles.
Untuk kamera, Xiaomi 15 mempunyai tiga tetapan lensa yang terdiri daripada 50MP utama (Light Fusion 900 f/1.62), 50MP ultra lebar serta 50MP telefoto dengan 2.6x zum optik. Agak janggal apabila ia hanya menyokong 2.6x 50MP dan bukannya 3.2x 50MP seperti Xiaomi 14 – menunjukkan penurunan taraf.
Lima pilihan warna tersedia iaitu Lilac, Green, Black, White serta Silver Edition.
Harga dan ketersediaan
Harga jualan Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro adalah seperti berikut:
Xiaomi 15
- 12GB+256GB – 4,499 yuan (~RM2,756)
- 12GB+512GB – 4,799 yuan (~RM2,940)
- 16GB+512GB – 4,999 yuan (~RM3,062)
- 16GB+1TB – 5,499 yuan (~RM3,368)
- 12GB+256GB – 5,299 yuan (~RM3,246)
- 16GB+512GB – 5,799 yuan (~RM3,552)
- 16GB+1TB – 6,499 yuan (~RM3,981)
Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China. Kebiasaannya, Xiaomi mengadakan pelancaran global pada acara MWC setiap tahun (akhir Februari). Juga, perlu diketahui bahawa Xiaomi tidak mengeluarkan Xiaomi 14 Pro di luar China, sebaliknya memilih untuk melancarkan Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra.
Berkemungkinan langkah yang sama akan berlaku untuk pelancaran global siri Xiaomi 15 kelak.
{suggest}