Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
snapdragon g series

Snapdragon G3 Gen 3 Untuk Konsol ‘Handheld’ Hadir Dengan Sokongan Unreal Engine 5, Wi-Fi 7

Diterbitkan Mac 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Qualcomm telah mengumumkan barisan Snapdragon G Series Gaming Platforms 2025, termasuk Snapdragon G3 Gen 3, G2 Gen 2, dan G1 Gen 2, yang direka khas untuk konsol permainan mudah alih.

Snapdragon G3 Gen 3 merupakan platform pertama Snapdragon G Series yang menyokong Lumen dari Unreal Engine 5, menawarkan prestasi 30% lebih pantas untuk CPU dan 28% peningkatan grafik, dengan Wi-Fi 7 untuk sambungan lebih pantas.

snapdragon g series

Snapdragon G2 Gen 2 pula dilengkapi peningkatan 2.3x CPU dan 3.8x GPU berbanding generasi sebelumnya, menyokong permainan dan permainan awan pada 144FPS dengan Wi-Fi 7.

Snapdragon G1 Gen 2, dicipta untuk permainan awan dengan 1080p pada 120FPS, menawarkan 80% CPU dan 25% GPU lebih pantas untuk pengalaman permainan lebih lancar.

Menurut Micah Knapp dari Qualcomm, cip ini akan menawarkan pengalaman permainan mudah alih lebih berprestasi dan imersif, membolehkan lebih banyak inovasi untuk pengeluar dan pembangun. Peranti dengan cip terbaru ini dijangka dilancarkan oleh OEM pada suku tahun ini.

Berkaitan

  • Sony Sedang Bangunkan Konsol 'Handheld' Untuk Permainan PS5
  • Microsoft Rancang Masa Depan 'Gaming Handheld' Gabungan Xbox Dan Windows
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Permainan Konsol Dan PC 'Upin & Ipin Universe' Akan Dilancarkan Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY