Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation portal

Sony Sedang Bangunkan Konsol ‘Handheld’ Untuk Permainan PS5

Diterbitkan November 26, 2024 · Dikemas kini November 26, 2024 oleh ariff bukhari

Sony Group Corp. dilaporkan sedang dalam peringkat awal membangunkan konsol mudah alih yang mampu memainkan permainan PlayStation 5 secara mudah alih.

Produk ini bertujuan untuk memperluaskan pasaran Sony dalam segmen permainan mudah alih, bersaing dengan peranti konsol mudah alih Nintendo Switch atau Steam Deck.

Malah mungkin untuk menyaingi peranti mudah alih Xbox oleh Microsoft, yang juga sedang membangunkan prototaip serupa.

Idea itu berplatformkan PlayStation Portal, peranti bersaiz 8 inci yang dikeluarkan Sony pada 2023 yang membolehkan pengguna bermain permainan PS5 dengan menstrimnya melalui internet.

Konsol Nintendo Switch telah mendahului dalam kategori ini dengan menawarkan fleksibiliti kepada peminat tegar permainan video.

Model terbaru bagi meneruskan legasinya dijangka dikeluarkan pada 2025 dan akan mengekalkan keserasian dengan judul-judul permainan Switch sedia ada.

Berkaitan

  • Nintendo Sahkan Konsol Pengganti Switch Akan Sokong Game Switch Sedia Ada
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • CEO Xbox Sahkan Konsol Permainan Mudah Alih Xbox Dalam Pembangunan

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY