Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Langgar Garis Panduan Komuniti, Microsoft Ambil Tindakan Terhadap 4.78 Juta Akaun Xbox

Microsoft Rancang Masa Depan ‘Gaming Handheld’ Gabungan Xbox Dan Windows

Diterbitkan Januari 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Microsoft sedang merancang masa depan konsol permainan mudah alih dengan menggabungkan kehebatan Xbox dan Windows, menurut Jason Ronald, veteran pembangunan perkakasan Xbox. Beliau turut menyatakan bahawa syarikat ini akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai visi tersebut sepanjang tahun 2025.

Dalam temu bual bersama The Verge di CES 2025, Ronald menjelaskan bahawa Microsoft sedang mencari cara untuk membawa inovasi dari ruang konsol ke ekosistem PC dan gaming handheld.

“Kami mahu menyatukan pengalaman terbaik dari Xbox dan Windows, kerana selama 20 tahun, kami telah membangunkan sistem operasi bertaraf dunia, tetapi ia terhad kepada konsol sahaja,” kata Ronald.

Microsoft bercadang untuk menyederhanakan pengalaman bermain di peranti Windows agar lebih menyerupai konsol. Mereka ingin memfokuskan pengalaman pemain kepada permainan dan perpustakaan mereka, tanpa perlu bergantung kepada input seperti papan kekunci, tetikus, atau elemen UI klasik seperti Taskbar dan Start Menu.

Walaupun Xbox kini dalam proses pembangunan prototaip untuk ‘handheld’, ketua Xbox, Phil Spencer, menyatakan pada November lalu bahawa peranti tersebut tidak akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Memandangkan peranti sebegini semakin popular ditambah lagi jenama besar seperti Sony juga menunjukkan minat sama, tidak mustahil yang Microsoft akan menawarkan sesuatu yang baik kepada pengguna.

Tambahan lagi, pasti ramaiĀ gamer di luar sana menantikan konsol ‘handheld’ daripada Xbox. Apa-apa pun, kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai projek ini menjelang akhir tahun 2025.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • CEO Xbox Sahkan Konsol Permainan Mudah Alih Xbox Dalam Pembangunan
  • Sony Sedang Bangunkan Konsol 'Handheld' Untuk Permainan PS5
  • Valve Sahkan Yang SteamOS Tidak Terhad Untuk Steam Deck Sahaja

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY