Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Smart #6 EHD

smart #6 EHD Diperkenal, Beri Julat Hampir 2,000 KM

Diterbitkan Disember 8, 2025 · Dikemas kini Disember 8, 2025 oleh ariff bukhari

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China telah memperkenalkan model terbaharu smart iaitu smart #6 EHD yang merupakan sebuah sedan hibrid plug-in bersaiz sederhana.

Tapi, dengan saiznya 4906/1922/1508 mm dan jarak roda 2926 mm, ia sekali gus menjadi model terbesar mereka setakat ini.

smart #6 EHD Diperkenal, Beri Julat Hampir 2,000 KM
Smart #6 EHD menampilkan reka bentuk aerodinamik moden dengan garis badan melengkung, rim besar, serta spoiler belakang boleh laras.
smart #6 EHD Diperkenal, Beri Julat Hampir 2,000 KM

Sedan hibrid ini yang dibangunkan dengan teknologi Geely NordThor Hybrid 2.0, menggabungkan enjin 1.5T berkuasa 120 kW bersama motor elektrik, menghasilkan kuasa sistem sehingga 320 kW (429 hp).

Bateri LFPnya pula membolehkan ia mampu menawarkan jarak sehingga 1,810 km, sambil mengekalkan penggunaan bahan api serendah 3.9L/100 km.

Smart #6 EHD 1

Walaupun bahagian dalaman belum didedahkan, ia dijangka hadir dengan paparan skrin besar dan teknologi pemanduan separa autonomi berasaskan LiDAR.

Pelancarannya yang dijangka akan dibuat pada  tahun depan, bakal melengkapkan barisan smart sedia ada.

Di Malaysia, PRO-NET (Proton New Energy Technology Sdn. Bhd.) adalah pengedar eksklusif smart di mana setakat ini hanya membariskan model EV sahaja ditawarkan iaitu smart #1, smart #3 dan yang terbaru smart #5.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada PRO-NET akan membawa masuk model smart #6 EHD ini nanti selepas ia dilancarkan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pusat Data Ke-4 Vantage Di Cyberjaya Hampir Sifar Penggunaan Air
  • Kawasaki Berkaki Empat Akan Dijual Seawal 2035

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pekerja OpenAI Ditahan, Didakwa Pasang Alat Rakaman Tersembunyi Di Pejabat
  • 'Cacing' AI Boleh Merebak Menerusi Peranti Pintar - Anthropic
  • Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi 'Vibe-Coded' Secara Peribadi Di Play Store - Tersedia Di Pasaran Terpilih
  • Facebook Perkenal 'Your Algorithm' - Pengguna Kini Boleh Sesuaikan Cadangan Kandungan Feed, Reels
  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
©2026 WISER.MY