Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kawasaki CORLEO

Kawasaki Berkaki Empat Akan Dijual Seawal 2035

Diterbitkan Disember 8, 2025 · Dikemas kini Disember 8, 2025 oleh ariff bukhari

Kawasaki Heavy Industries mengumumkan bahawa robot berkaki empat mereka, Corleo, akan mula dipasarkan seawal tahun 2035.

Robot ini pertama kali dipamerkan di Expo Osaka-Kansai 2025 sebagai penyelesaian mobiliti masa depan dan mendapat sambutan luar biasa.

Kawasaki Berkaki Empat Akan Dijual Seawal 2035
Presiden Kawasaki Heavy Industries Ltd. Yasuhiko Hashimoto dan robot Corleo di Wad Koto, Tokyo.

Corleo direka untuk pelbagai kegunaan, termasuk di kawasan berbukit serta dalam dunia gaming dan e-sukan.

Kawasaki menjangkakan perniagaan ini mampu berkembang sehingga 300 bilion yen (~RM7.9 bilion) menjelang 2040.

Teknologi yang digunakan berasal daripada kepakaran motosikal syarikat itu.

Kawasaki CORLEO 1
CORLEO dilengkapi panel instrumen yang memaparkan paras hidrogen, laluan ke puncak, kedudukan pusat graviti, dan maklumat lain. Pada waktu malam, ia menyokong pengalaman tunggangan yang optimum dengan memancarkan penanda ke permukaan jalan untuk menunjukkan laluan di hadapan.
Kawasaki CORLEO
Kawasaki CORLEO 2

Corleo digerakkan oleh enjin hidrogen, mempunyai “kuku getah” pada kakinya untuk kestabilan, serta dilengkapi tempat duduk di belakang.

Ia bergerak mengikut pergerakan berat penunggang, memberikan pengalaman seakan menunggang kuda.

Presiden Kawasaki, Yasuhiko Hashimoto, menegaskan bahawa projek ini bukan sekadar pameran, tetapi bakal menjadi perniagaan besar dalam bidang baharu.

“Kami tidak berhasrat untuk berhenti di Ekspo; kami mahu mengembangkannya menjadi perniagaan utama dalam bidang baharu,” kata Presiden Kawasaki Heavy Industries, Yasuhiko Hashimoto semasa sidang akhbar di Pameran Robot Antarabangsa 2025 di Tokyo.

Berkaitan

  • Kawasaki Dan Foxconn Bangunkan Robot Pintar Ringankan Beban Tugas Jururawat
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Kalkulator Takkan Pupus Walaupun Di Era AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY