Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vantage Data Centers

Pusat Data Ke-4 Vantage Di Cyberjaya Hampir Sifar Penggunaan Air

Diterbitkan Disember 5, 2025 · Dikemas kini Disember 5, 2025 oleh ariff bukhari

Vantage Data Centers, penyedia terkemuka bagi kampus pusat data berskala besar telah mengumumkan bahawa fasiliti keempatnya (KUL14) kini mula beroperasi di kampus pertama (KUL1) syarikat itu di Cyberjaya, Malaysia.

Dengan kapasiti 16MW, pusat data ini telah disewa sepenuhnya oleh seorang pelanggan tunggal, menandakan keyakinan tinggi terhadap keupayaan Vantage.

Pembinaan KUL14 menelan masa lebih 4 juta jam kerja tanpa sebarang insiden, mencerminkan budaya keselamatan yang kukuh.

Fasiliti ini dibangunkan dengan sistem air tertutup yang hampir sifar penggunaan air (WUE atau Water Usage Effectiveness), menjadikannya antara pusat data paling efisien dari segi tenaga dan kelestarian.

“Malaysia telah muncul sebagai hab pusat data yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara, dan Vantage sedang secara aktif mengembangkan tapak kami untuk berkembang bersama pelanggan kami, termasuk pembangunan kampus kedua yang sedang berjalan di Cyberjaya yang menyediakan lebih 400MW kapasiti keseluruhan. Kami komited untuk menyediakan infrastruktur digital yang mampan bagi mempercepatkan pendigitalan Malaysia dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonominya,” kata Jeremy Deutsch, presiden APAC di Vantage Data Centers.

Langkah ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekonomi digital, malah menyokong usaha kerajaan untuk pembangunan infrastruktur hijau.

Vantage turut memiliki portfolio 1GW di seluruh Asia Pasifik termasuk Australia, Jepun, Taiwan dan Hong Kong, menjadikannya peneraju global dalam penyediaan infrastruktur digital.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Projek Solar Baharu Bernilai RM142.3 juta Dibangunkan Di Kedah
  • Isu TnG Buka Mata Keperluan Platform Alternatif Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY