Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smart #3

smart #3 Sudah Boleh Ditempah, Beri Jarak Sehingga 455Km

Diterbitkan Mei 21, 2024 · Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh ariff bukhari

smart Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan smart #3 SUV Coupe dengan  tempahan mula dibuka kepada orang ramai.

Pelancaran itu dibuat di acara Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang yang turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat termasuk Azrul Reza Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MARii.

smart #3 telah mendapat penghargaan antarabangsa dengan memenangi kedua-dua Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

smart #3

Pelanggan yang membuat tempahan awal ke atas EV terbaru ini akan berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500.

Tawaran terhad ini dikhaskan kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.

smart #3

Hadir dalam 3 varian, smart #3 BRABUS, Premium dan Pro direka khas untuk pasaran di Malaysia.

Setiap varian menawarkan ciri-ciri unik seperti BRABUS dan Premium, kedua-duanya menawarkan pengecas AC 22kWj dengan keupayaan untuk mengecas bateri dari 10% hingga 80% dalam masa kurang dari 3 jam.

smart #3

Juga, varian smart #3 BRABUS mempamerkan masa pecutan 0-100km/j yang mengagumkan dengan Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat.

Selain itu, smart #3 juga menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS.

smart #3 Premium menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif, Gril Hadapan Bercahaya, dan Bateri NCM 66kWj. Ia dilengkapi dengan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang kenderaan, memberikan jarak WLTP sehingga 455km.

smart #3 BRABUS dilengkapi kuasa pemanduan dwi-motor dengan pacuan empat roda (AWD) 315kW/543Nm, memastikan pengendalian dan daya cengkaman yang luar biasa dan dapat memberikan jarak WLTP sehingga 415km.

smart #3

Anda boleh menghubungi pengedar rasmi smart untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #3 atau memuat turun Aplikasi Hello smart dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk membuat tempahan #3.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.smart.com/#/.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • smart #1 Turun Harga Sehingga RM20 Ribu, Kini Lebih Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY