Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tempah smart #1 Sekarang Dan Dapatkan Pakej Bernilai Lebih RM6 Ribu Secara Percuma

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah smart #1

Diterbitkan November 22, 2023 · Dikemas kini November 22, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedai maklum, smart Malaysia telah mengumumkan harga rasmi kenderaan elektrik (EV) yang dinanti-nantikan, smart #1.

Tempahan dan pandu uji bagi EV ini sudah pun dibuka yang boleh dibuat melalui aplikasi Hello Smart.

Jadi, sebelum anda bercadang menempah smart #1, ada baiknya anda ketahui 5 perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang smart #1.

1. PRO-NET

PRO-NET atau Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. adalah pengedar eksklusif smart #1 di Malaysia dan Thailand merangkumi rangkaian pengedar, perkhidmatan selepas jualan, aplikasi digital ‘Hello smart’ dan pengurusan bateri voltan tinggi di Malaysia.

PRO-NET adalah anak syarikat milik penuh PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd.) yang telah mengukuhkan sokongannya terhadap pelan hala tuju Proton EV, tetapi dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang berasingan.

Malah kakitangan operasi juga terdiri daripada pekerja luar dari pelbagai industri.

2. Harga dan varian

smart #1 hadir dalam 3 varian iaitu Pro, Premium dan BRABUS yang masing- masing berharga RM189,000, RM219,000 dan RM249,000.

Harga tersebut adalah harga di atas jalan tapi tidak termasuk insurans.

harga smart #1

3. Pilihan warna

smart #1 ditawarkan dalam 10 kombinasi warna, termasuklah Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver, Lumen Yellow, Laser Red, Atom Grey – Matte (Bumbung Atom), Atom Grey – Matte (Bumbung Merah), Cyber Silver (Bumbung Merah) dan Meta Black (Bumbung Merah).

Tetapi untuk mewarnakan smart #1 anda dengan warna eksklusif Atom Grey-Matte, anda akan dikenakan tambahan harga sebanyak RM5,000. Pilihan warna ini hanya ditawarkan bagi varian smart #1 Premium dan BRABUS sahaja.

WhatsApp Image 2023-11-22 at 15.12.51

Selain itu, terdapat tiga variasi gaya dalaman khusus iaitu trim ‘After Dark‘ untuk smart #1 Pro, trim ‘Dark Matter‘ dua tona putih dan hitam untuk smart #1 Premium dan dalaman ‘BRABUS’ eksklusif untuk smart #1 BRABUS.

4. Pemilikan Premium All-Inclusive

smart Malaysia memperkenalkan Pemilikan Premium All-Inclusive bertujuan untuk menyampaikan perjalanan yang komprehensif dan bebas kebimbangan untuk pelanggan. Tawaran utama termasuk:

  • Jaminan Bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000km
  • Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km
  • Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan
  • Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan
  • Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7
  • Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2-tahun (Tawaran sah sehingga 31 Disember 2023)
  • Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2-tahun
  • Pakej aksesori percuma bernilai RM2,000
  • 5-tahun Data Internet percuma dengan jumlah 60GB (1GB /bulan )
  • Perlindungan Insuran smartPlus yang komprehensif

5. EV Premium

smart #1 adalah kategori EV premium. Jadi tidak hairanlah ia dilengkapi dengan spesifikasi premium seperti penggunaan tayar bersaiz 19 inci (235/45), menyokong pengecasan pantas super DC yang membolehkan smart #1 dicas dari 10% hingga 80%  dalam masa kurang daripada 30 minit (150kW) dan lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan premium, kemasan kulit di bahagian dalam, bumbung telus cahaya dan banyak lagi.

smart #1 juga mampu mencapai kelajuan maksimum 180km/j dan bergerak sejauh 440km.

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah smart #1
Versi smart #1 BRABUS mampu memecut dari 0-100 km/h dalam masa 3.9 saat sahaja.

Anda boleh mendapatkan lebih banyak info tentang smart #1 dari laman rasmi Smart atau memasang aplikasi Hello Smart ke dalam telefon pintar (Android, iOS dan Huawei).

Dari aplikasi itu, anda boleh terus menempah versi smart #1 idaman atau membuat tempahan untuk pandu uji. Anda juga boleh  membeli cenderamata rasmi smart seperti model mini kereta smart #1, baju-T, payung dan banyak lagi.

WhatsApp Image 2023-11-22 at 10.19.09
WhatsApp Image 2023-11-22 at 17.50.14

Berkaitan

  • Ini Yang Anda Patut Tahu Berkaitan Samsung Galaxy S24 Ultra Buat Masa Sekarang
  • Cara Mohon Rebat RM2,400 Motosikal Elektrik Akan Diumum Bulan Depan
  • Insta360 Lancar Kamera Aksi Terbaru, Ace & Ace Pro Dikuasakan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY