Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 13_2

OnePlus 13 Kini Rasmi, Harga RM4,399

Diterbitkan Januari 8, 2025 ยท Dikemas kini Januari 8, 2025 oleh Amalina Athman

Setelah lebih dua bulan dilancarkan di China, OnePlus secara rasmi kini mengumumkan ketibaan OnePlus 13 untuk pasaran global.

Menyentuh spesifikasi, OnePlus 13 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dengan gandingan 16GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan yang berasaskan UFS 4.0.

Beralih ke bahagian panel, peranti ini menampilkan paparan 6.82-inci OLED LTPO 4.1 dengan sokongan ProXDR, resolusi QHD+, kadar segar semula 120Hz, perlindungan Ceramic Guard serta maksimum kecerahan 4,500 nit.

OnePlus 13_3

Untuk bahagian fotografi, OnePlus 13 dilengkapi tetapan tiga kamera – terdiri daripada 50MP LYT-808 utama, 50MP LYT-600 untuk kamera telefoto dengan 3x zum optik, serta 50MP S5KJN5 untuk lensa ultra lebar. Sementara sensor 32MP Sony IMX615 digunakan untuk kamera swafoto.

Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan kapasiti bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan 100W SuperVOOC berwayar dan 50W AirVOOC wayarles.

OnePlus 13 in Midnight Ocean
OnePlus 13 in Arctic Dawn
One Plus 13 in Black Eclipse

Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, penarafan kalis air IP68/IP69 dengan Aqua Touch 2.0 serta menjalankan OxygenOS 15 yang berasaskan Android 15. Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Midnight Ocean, Arctic Dawn dan Black Eclipse.

OnePlus 13_

Harga dan ketersediaan

Untuk pasaran Malaysia, OnePlus 13 diletakkan pada tanda harga RM4,399 bagi varian 16GB+512GB.

Price KV

Bagi pengguna yang membuat prapesan OnePlus 13 melalui mana-mana saluran rasmi jualan sehingga 10 Januari 2025, OnePlus menawarkan hadiah percuma set pengecasan 100W SuperVOOC, OnePlus Magnetic Phone Casing dan OnePlus Magnetic Powerbank dengan jumlah keseluruhan bernilai RM547.

Berkaitan

  • OnePlus Dedah Garis Masa Keluaran OxygenOS 15, Ini Senarai Peranti Yang Akan Menerimanya
  • OnePlus 13 Hadir Dengan Snapdragon 8 Elite, Bateri 6000mAh
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: Siaran Media OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY