Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Keluarkan Kenyataan Media Mengenai Hasil Perbincangan Dengan Telco

SKMM Keluarkan Kenyataan Media Mengenai Hasil Perbincangan Dengan Telco

Diterbitkan Oktober 13, 2018 · Dikemas kini Oktober 13, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tempoh hari kita sedia disajikan dengan beberapa pengumuman penting dimulakan dengan penawaran internet 1Gbps pertama di Malaysia menerusi TIME .

Seterusnya kenyataan media oleh SKMM mengenai harga minimum jalur lebar talian tetap melalui pakej-pakej baru yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom (TIME) dan Celcom.

Namun begitu, timbul persoalan daripada pengguna terutama sekali pelan Streamyx yang mana tidak kelihatan jalan penyelesaian bagi mereka.

Lanjutan daripada itu, pihak SKMM telah mengadakan perbincangan dengan syarikat telco untuk mencari penyelesaian kepada isu berbangkit susulan daripada pengumuman harga pakej baru.

Kenyataan Media: Telco Komited Untuk Tawar Jalur Lebar Pada Harga Berpatutan.#MCMC #SKMM #jalurlebar pic.twitter.com/Qn7v9PMuE1

— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) October 13, 2018

Terkini, hasil daripada perbincangan, kesemua syarikat telco komited untuk menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan.

  • TIME – Pakej baru yang ditawarkan akan dinikmati secara automatik oleh pengguna sedia ada.
  • Maxis dan TM – Bercadang untuk naik taraf perkhidmatan ADSL kepada gentian optik secara berperingkat.
  • Celcom – Luaskan lagi liputan jalur lebar tetap pada tahun 2019 melalui kerjasama dengan telco yang lain dan teknologi alternatif.

Pihak SKMM juga menyatakan bahawa mereka akan terus memantau pihak telco untuk memastikan segala aspek berkaitan kelajuan dipenuhi menurut terma dan syarat pakej yang dilanggani.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY