"Masalah Pengguna Perkhidmatan Streamyx Yang Pada Saya Perlu Ditangani Segera"- Gobind Singh Deo

Semalam SKMM telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan harga minimum jalur lebar talian tetap bagi empat syarikat pengedali rangkaian. Kini giliran Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Y.B Gobind Singh Deo, pula mengulas lanjut mengenainya.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau, Gobind melihat pengurangan harga pada pakej-pakej baru tidak boleh dinikmati secara serta merta oleh pengguna pakej sedia ada.

Tambahnya lagi, beliau mendapati tiada cadangan yang dibawa kepadanya untuk mengatas masalah pengguna Streamyx dimana beliau berpendapat harus ditangani dengan kadar segera.

Lantaran dari itu, Gobind menyatakan hasrat beliau untuk bertemu dengan wakil-wakil telco untuk membincangkan permasalahan tersebut.



Sumber: Facebook Gobind Singh Deo