Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SK hynix Sahkan Produksi Besar-Besaran Memori GDDR7 Pada Suku Ke-3 Tahun Ini

SK hynix Sahkan Produksi Besar-Besaran Memori GDDR7 Pada Suku Ke-3 Tahun Ini

Diterbitkan Ogos 6, 2024 · Dikemas kini Ogos 8, 2024 oleh ariff bukhari

SK hynix telah mengesahkan bahawa pengeluaran besar-besaran memori GDDR7 akan bermula lebih awal daripada spekulasi.

Sebelum ini, Anandtech melaporkan bahawa wakil syarikat telah berkata pengeluaran volum GDDR7 tidak akan bermula sehingga Q1 2025.

Walau bagaimanapun, syarikat itu dengan cepat respon terhadap dakwaan itu dan mengesahkan bahawa pengeluaran besar-besaran akan bermula lebih awal, pada suku ke-4 2024.

Nampaknya khabar angin itu telah mendorong jurutera SK hynix untuk mempercepatkan pengeluaran memori permainan generasi akan datang.

“Pembangunan GDDR7 pada bulan Mac datang di tengah-tengah minat yang semakin meningkat oleh pelanggan global dalam ruang AI dalam produk DRAM yang memenuhi kedua-dua prestasi khusus untuk pemprosesan grafik dan kelajuan pantas. Syarikat itu mengatakan bahawa ia akan memulakan pengeluaran volum pada suku ketiga.” SK hynix.

Produk baharu ini didatangkan dengan kelajuan operasi 32Gbps, peningkatan 60% daripada generasi sebelumnya dan kelajuan boleh meningkat sehingga 40Gbps bergantung pada keadaan.

Apabila digunakan untuk kad grafik premium, produk ini juga boleh memproses data lebih daripada 1.5TB sesaat, bersamaan dengan 300 filem Full-HD (5GB setiap satu), dalam sesaat.

SK hynix juga meningkatkan kecekapan kuasa lebih daripada 50% berbanding generasi sebelumnya dengan menggunakan teknologi pembungkusan baharu yang menangani isu haba hasil daripada pemprosesan data yang sangat pantas.

Sangkwon Lee, Ketua Perancangan Produk dan Pembolehan DRAM di SK hynix berkata, GDDR7 dijangka akan diguna pakai oleh pelbagai aplikasi seperti grafik 3D spesifikasi tinggi, AI, pengkomputeran berprestasi tinggi dan pemanduan autonomi.

Berkaitan

  • Intel Menjual Perniagaan Storan Dan Memori NAND Pada SK hynix Pada Harga USD9 Bilion
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Telefon Kelas Pertengahan Samsung Dijangka Terima Galaxy AI Tak Lama Lagi
  • Memasukkan "AI" Dalam Deskripsi Produk Jadikannya Kurang Menarik Kepada Pengguna - Kajian

Sumber: SK hynix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY