Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Menukar Logo Dan Bunyi Ikonik “Bong”

Intel Menjual Perniagaan Storan Dan Memori NAND Pada SK hynix Pada Harga USD9 Bilion

Diterbitkan Oktober 24, 2020 oleh ariff bukhari

Syarikat pembekal memori dari Korea Selatan, SK hynix dilaporkan telah bersetuju untuk membeli model perniagaan memori NAND dan storan Intel pada harga USD9 bilion.

Apabila urusan jual beli itu lengkap sepenuhnya nanti, SK hynix akan mengambil alih perniagaan komponen NAND, storan SSD NAND dan wafer Intel serta fasiliti kilang milik Intel di China.

Sebagai permulaan, SK hynix akan membayar Intel sebanyak USD7 bilion dahulu pada lewat tahun 2021 nanti bagi mengambil alih fasiliti kilang Intel yang terletak di Dalian, China.

Manakala USD2 bilion lagi akan dibayar pada Mac 2025 nanti.

Walaubagaimanapun, perjanjian urusan jual beli itu masih memerlukan pengesahan dari pihak kerajaan Korea Selatan.

“I am proud of the NAND memory business we have built and believe this combination with SK hynix will grow the memory ecosystem for the benefit of customers, partners and employees. For Intel, this transaction will allow us to further prioritize our investments in differentiated technology where we can play a bigger role in the success of our customers and deliver attractive returns to our stockholders.” Bob Swan, CEO Intel.

Walaupun Intel menjual model perniagaan mereka itu kepada SK hynix, tetapi Intel masih mengekalkan hak perniagaan memori Optane mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY