Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bekas Kakitangan OpenAI Suarakan Kebimbangan Mengenai Risiko AI, Perlindungan Pemberi Maklumat

Memasukkan “AI” Dalam Deskripsi Produk Jadikannya Kurang Menarik Kepada Pengguna – Kajian

Diterbitkan Ogos 6, 2024 · Dikemas kini Ogos 6, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin sekarang ini merupakan era kebangkitan yang pesat kepada teknologi ‘Kecerdasan Buatan’ (AI).

Boleh dikatakan sebahagian besar produk-produk elektronik seperti komputer dan televisyen moden kini diiklankan  dengan ciri AI pada penerangan produk tersebut sebagai usaha pengeluar untuk menarik minat pembeli bagi memaparkan produk mereka dilengkapi teknologi terkini.

Tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh Washington State University, yang diterbitkan dalam Journal of Hospitality Marketing & Management mendedahkan, pengguna lebih kurang tertarik untuk membeli TV pintar apabila terdapat AI dalam deskripsi produk tersebut.

Dapatan itu hasil daripada tinjauan ke atas 1,000 orang dewasa untuk menilai hubungan antara pendedahan AI dan tingkah laku pengguna.

Kajian ini melibatkan penyampaian produk dan perkhidmatan yang pelbagai kepada responden.

Sebahagian daripada ini termasuk istilah “kecerdasan buatan” dalam penerangan mereka untuk melihat sama ada ia menjejaskan keputusan seseorang sama ada untuk membelinya.

Kesan negatif menggunakan istilah kecerdasan buatan didapati lebih ketara dalam pembelian “berisiko tinggi” seperti TV premium, peranti perubatan atau perkhidmatan kewangan.

“Apabila AI disebut, ia cenderung untuk menurunkan kepercayaan emosi, yang seterusnya mengurangkan niat pembelian, kami mendapati kepercayaan emosi memainkan peranan penting dalam cara pengguna melihat produk berkuasa AI” Mesut Cicek, pengarang utama Kajian dan penolong profesor klinikal pemasaran Universiti Negeri Washington.

Beliau mencadangkan, keadaan ini berlaku kerana pengguna lebih berhati-hati kehilangan wang atau mempertaruhkan keselamatan fizikal mereka.

Beliau juga meringkaskan bahawa pemasar harus berhati-hati bagaimana mereka membentangkan kecerdasan buatan dalam penerangan produk mereka, dan menekankan istilah itu mungkin bukan pendekatan terbaik.

Berkaitan

  • Kecerdasan Buatan Menambah Lagi Bahana Sedia Ada - PBB
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • 3 Ciri Google Photos AI Baharu Kini Tersedia Untuk Android Dan iPhone, Ini Cara Gunanya
  • Telefon Kelas Pertengahan Samsung Dijangka Terima Galaxy AI Tak Lama Lagi

Sumber: Washington State University

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY