Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sistem Trafik Jambatan Kedua Pulau Pinang Pertama Di Malaysia Dipacu AI

Posted on Disember 29, 2025

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang yang diuruskan oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) mencatat satu pencapaian penting apabila dianugerahkan dengan dua pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBR) hasil pelaksanaan Sistem Pengurusan Trafik Pintar berasaskan Kecerdasan Buatan (AI).

Pengiktirafan tersebut disampaikan kepada JKSB sempena Majlis Anugerah Malaysia Book of Records bagi Inovasi AI.

JKSB menerima pengiktirafan dalam dua kategori iaitu Pelaksanaan Teknologi AI Terbanyak di Jambatan Lebuhraya dan Jambatan Lebuhraya Pertama Melaksanakan Teknologi AI bagi Operasi Lebuhraya.

Pencapaian ini menandakan satu langkah besar dalam penerapan teknologi AI dalam sektor infrastruktur lebuh raya dan jambatan di Malaysia.

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga merupakan jambatan kedua Pulau Pinang sebelum ini telah diiktiraf sebagai jambatan pertama Malaysia dipasang dengan papan tanda dinamik yang memaparkan status semasa kondisi trafik.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress