Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maglev China Berjaya Memecut Selaju 700 km/j Dalam 2 Saat

Maglev China Berjaya Memecut Selaju 700 km/j Dalam 2 Saat

Diterbitkan Disember 26, 2025 oleh ariff bukhari

China kini yang sedang giat membangunkan kereta api berkelajuan ultra tinggi sekali lagi mencatat sejarah baru dalam dunia pengangkutan apabila berjaya mempercepatkan kereta api maglev mencapai kelajuan sehingga 700 km/j hanya dalam masa 2 saat.

Sistem maglev menggunakan daya elektromagnet untuk mengapungkan dan menggerakkan tren tanpa geseran, membolehkan kelajuan ekstrem dicapai dengan lebih selamat dan stabil.

Maglev China Berjaya Memecut Selaju 700 km/j Dalam 2 Saat

Ujian awal oleh penyelidik di National University of Defence Technology China ini berjaya mempercepatkan kenderaan seberat satu tan memecut sehingga 700 km/j hanya dalam masa dua saat di atas landasan maglev sepanjang 400 meter.

Bayangkan perjalanan antara bandar utama yang biasanya mengambil masa berjam-jam, kini boleh diselesaikan dalam beberapa minit sahaja.

Pencapaian ini bukan sekadar rekod dunia, tetapi juga simbol kemajuan teknologi rel berkelajuan tinggi yang dicapai China ketika ini.

Sebelum ini iaitu pada awal Jun 2025 lalu, China telah pun menguji kenderaan seberat 1.1 tan di Makmal Donghu yang merekodkan kelajuan 650 km/j (404 mph) dalam hanya tujuh saat sejauh 600 meter.

Berkaitan

  • Maglev China Capai Kelajuan 650 Km/j Dalam 7 Saat
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pengguna Android Disyor Aktifkan 6 Ciri Keselamatan Tambahan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY