Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kasut sekolah ABARO

Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia, Terbina Ruang GPS

Diterbitkan Disember 29, 2025 · Dikemas kini Disember 29, 2025 oleh ainabatrisyia

Sempena cuti sekolah yang bakal berakhir dan pembukaan semula sekolah bagi tahun 2026 tidak lama lagi, pastinya ramai ibu bapa sedang sibuk menguruskan keperluan sekolah anak-anak mereka seperti baju sekolah, uniform persatuan dan pastinya kasut sekolah baharu.

Jadi, jenama kasut tempatan, ABARO kini memperkenalkan kasut sekolah dengan 10 ciri inovasi bagi menyelesaikan masalah lazim yang dihadapi oleh ibu bapa dan pelajar.

Malah dengan inovasi yang diperkenalkan pada kasut sekolah mereka, ABARO telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk Most Innovative Features in a School Shoe.

ABARO MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Antara ciri utama yang terdapat pada kasut sekolah ABARO ini adalah, ciri kalis air dengan teknologi DryTech, ciri tanda nama dengan teknologi NameTech dan ciri kasut boleh laras dengan teknologi TwistTech.

ABARO DRYTECH
Teknologi ‘DryTech’ membolehkan kasut sekolah kekal kering dan lebih mudah untuk dicuci.
ABARO NAMETECH
ABARO TWIST TECH
Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia, Terbina Ruang GPS
Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia, Terbina Ruang GPS

Satu lagi ciri utama yang menarik diperkenalkan ABARO adalah HideTech, ciri terbina ruang untuk ibu bapa meletakkan peranti penjejak GPS ke dalam kasut sekolah ini.

Ciri HideTech ini direka dengan poket kecil tersembunyi untuk meletakkan GPS yang boleh dijejak lokasinya dari telefon pintar masing-masing.

Jadi, ibu bapa boleh mengetahui lokasi semasa anak-anak mereka sekali gus tidak perlu lagi bimbang tentang keberadaan anak mereka.

ABARO HIDETECH
ABARO HIDETECH 2

Ciri HideTech tersebut tersedia menerusi 3 model kasut sekolah ABARO di mana ABARO turut menawarkan pembelian bundle kasut sekolah bersama peranti penjejak yang berharga RM110.

ABARO BUNDLE DEAL

Pelanggan kini boleh dapatkan kasut sekolah ABARO dengan harga promosi sehingga 12 Januari secara dalam talian atau di semua pengedar sah ABARO.

Kempen Back to School ABARO juga sedang berlangsung sehingga 15 Januari 2026 di mana sepanjang kempen ini, anda boleh mendapatkan kasut sekolah ABARO pada harga promosi.

ABARO AUTHORISED DEALERS
ABARO WIN
Sepanjang kempen ini, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM350000, termasuk hadiah percuma, baucar pembelian dan hadiah wang tunai.

Malah kasut sekolah ABARO kini boleh dibeli secara atas talian di platform Shopee dan Lazada.

Beli juga peranti penjejak dari pelbagai jenama seperti Apple, Google dan Ugreen dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/cln58cx
  • Lazada – https://invl.me/cln58cr

Berkaitan

  • Skechers Lancar Kasut Kanak-Kanak Tersedia Ruang Untuk Apple AirTag
  • Ulang Tahun ke-30 PlayStation Diraikan Dengan 'Sneakers' Eksklusif Reebok
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY