Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Bida Beri Kebebasan Penumpang, Pemandu Runding Perkhidmatan – inDrive

Sistem Bida Beri Kebebasan Penumpang, Pemandu Runding Perkhidmatan – inDrive

Diterbitkan Mei 15, 2024 ยท Dikemas kini Mei 15, 2024 oleh Amalina Athman

Susulan isu sistem bidaan untuk aplikasi e-hailing, inDrive kini tampil memberikan penjelasan mengenai perkhidmatannya.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sistem Bidaan Untuk Aplikasi e-Hailing Tak Pernah Diluluskan - Loke

Menurut inDrive, sistem pembidaan merupakan pendekatan unik bagi membolehkan pemandu atau penumpang dengan bebas berunding perkhidmatan di platform tersebut.

Bagi menyediakan persekitaran yang telus dan saksama untuk pemandu dan penumpang, ia termasuk dalam penentuan tambang, memilih laluan atau mempertimbangkan faktor lain.

Mengulas lanjut, inDrive berkata ia diasaskan dengan prinsip teras “Melawan Ketidakadilan” dalam industri e-hailing. Sehingga hari ini, komisen aplikasi inDrive tidak melebihi 10%, menggalakkan pemandu memaksimumkan pendapatan mereka sambil mengekalkan harga yang kompetitif untuk pengguna e-hailing.

Selain itu, inDrive menjelaskan ia beroperasi dengan kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan telah memperoleh pembaharuan lesen 2 tahun untuk perkhidmatannya sehingga Jun 2026.

Dalam pada itu, inDrive menyatakan pihaknya kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Digital, serta semua agensi berkaitan untuk memastikan pertumbuhan berterusan dan kemampanan ekonomi gig Malaysia.

Sumber: Siaran Media inDrive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY