Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13

Siri Xiaomi 13 Rasmi: Kamera 1 Inci Dan Leica

Diterbitkan Februari 27, 2023 · Dikemas kini Februari 27, 2023 oleh Firdaus

Siri Xiaomi 13 rasmi bagi pasaran global dengan 2 model diperkenalkan – Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Siri tersebut dilancarkan di MWC dengan ciri utama Snapdragon 8 Gen 2 dan sensor kamera Leica.

Xiaomi 13

Xiaomi 13 dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.36″ dengan resolusi FHD+ dan menyokong kadar kecerahan hingga 1,900 nits.

Xiaomi 13, Xiaomi 13 Pro go international at MWC

Untuk kamera, model standard ini menggunakan tetapan 3 kamera – 50MP utama dengan OIS, 10MP 3x telefoto dengan OIS juga dan 12MP ultra-lebar.

Selain itu, Xiaomi 13 mempunyai bateri 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W, 50W pengecasan wayarles dan 10W untuk mod wayarles berbalik.

Xiaomi 13 Pro

Versi Pro pula memakai skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.73″ dengan resolusi 1440p dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Sementara itu, ia dilengkapi dengan 3 sensor kamera – 50MP Sony 1″ IMX 989 dengan OIS, 50MP telefoto dengan 3x zum dan 50MP ultra-lebar dengan sokongan makro.

Xiaomi 13
Xiaomi 13
Xiaomi 13

Berbanding versi standard, peranti menawarkan bateri 4820mAh menyokong pengecasan pantas 120W, wayarles pada 50W dan pengecasan wayarles berbalik 10W.

Di samping itu, kedua-dua model siri Xiaomi 13 berkongsikan spesifikasi sama seperti pembesar suara yang ditala Dolby-Atmos, penarafan IP68, dan dikuasakan MIUI 14 berasaskan Android 13.

Xiaomi 13 menawarkan warna Hitam, Putih dan Hijau Bunga dengan harga permulaan €999 (~RM4,700.00) untuk variasi 8GB / 256GB.

Xiaomi 13 Pro pula menawarkan warna Hitam Seramik dan Putih Seramik dengan harga permulaan €1,299 (~RM6,115.00).

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung Galaxy S23 Ultra: Hampir Sempurna Jadi Raja Android
  • Ini Beza Antara Android TV Dengan Smart TV
  • Tetapan Mudah Untuk Tingkatkan Prestasi PC Pada Windows 11
  • JENDELA Fasa 2 Sasar 100% Kawasan Berpenduduk Nikmati Internet Dan Capai Purata Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Selaju 100Mbps - MCMC
  • Huawei Atasi Ericsson Dan Nokia Sebagai Pembekal Peralatan Rangkaian 5G Terbesar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY