Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
beza android tv vs smart tv

Ini Beza Antara Android TV Dengan Smart TV

Posted on Februari 22, 2023Mei 4, 2023

Tahun 2023 ini, jika anda mahu beli TV baharu yang terkini, pastinya tertanya-tanya apa beza antara Smart TV (TV pintar) dan Android TV (akan digantikan dengan Google TV).

Sudah tentu, kelebihan kedua-dua ini ialah kemampuannya disambung ke internet berbanding TV biasa.

TV Xiaomi di Wiser yang menggunakan Android TV.
TV Xiaomi di Wiser yang menggunakan Android TV

Sebenarnya, tiada apa yang rumit pun tentang perbezaan TV pintar dan Android TV.

Beza Android TV dengan Smart TV

Android TV/Google TV menggunakan sistem operasi Android manakala Smart TV pula menggunakan sistem operasi (OS) sendiri daripada syarikat pembuatnya.

Contoh sistem operasi tersebut ialah Tizen OS kalau Samsung, webOS daripada LG, Vidaa OS oleh Hisense.

webOS oleh LG

Android TV/Google TV menggunakan Android, Smart TV pula menjalankan OS daripada jenama itu sendiri.

Android TV akan diganti dengan Google TV

Antara muka Google TV

Untuk makluman, Google TV diperkenal untuk menambah baik Android TV dan ia mempunyai antara muka yang lebih mesra pengguna.

Ia boleh dikatakan nama baharu untuk Android TV dan menurut laman bantuan Google TV, ia masih berasaskan Android TV sebagai OS.

Antara muka Android TV.
Antara muka Android TV

Sesetengah TV Sony dan TCL yang asalnya menggunakan Android TV juga kini menggunakan Google TV melalui kemas kini terbaru.

Buat masa ini, hanya sesetengah TV baharu daripada Sony, TCL dan beberapa jenama lain hadir dengan Google TV kerana ia masih baru.

Antara muka Google TV

Senang kata, Google TV lebih bagus daripada Android TV. Antaranya kerana UI Google TV lebih mesra pengguna dan terkini berbanding Android TV.

Fungsi lain dibawakan Google TV termasuklah integrasi dengan peranti rumah pintar lain dan kawalan parental control yang lebih mudah dan terpaut dengan Family Link.

Mana yang lebih bagus?

Di bawah ialah kelebihan dan keburukan kedua-dua OS.

Android TV

  • TV yang guna OS ini boleh didapati dengan harga lebih rendah
  • Banyak aplikasi tersedia kerana ada Play Store
  • Lebih kerap dapat kemas kini (sistem dan aplikasi)
  • Jangka hayat OS yang lebih panjang
  • Ciri lebih sedikit
  • Ada Google Assistant
  • Antara muka kurang mesra pengguna (kecuali Google TV)

Namun untuk masa sekarang, TV dengan Google TV terhad tersedia pada TV yang lebih mahal. Anda boleh dapatkan Android TV walaupun ia akan diganti dengan Google TV dalam jangka masa panjang.

Smart TV

  • TV yang jalankan OS sendiri lebih mahal harganya
  • Aplikasi yang sedikit
  • Kemas kini yang jarang-jarang (sistem dan aplikasi)
  • Jangka hayat OS yang pendek
  • Ciri yang lebih banyak
  • Antara muka mesra pengguna
webOS daripada LG

Kalau anda sukakan TV yang kaya dengan ciri dan UI yang ringkas, maka boleh dapatkan Smart TV atau Google TV.

Tapi kalau mahukan harga yang rendah, boleh beli Android TV. Misalnya, TV daripada Xiaomi yang dijual bawah RM1,000.

Tizen OS daripada Samsung

Secara teknikal, Android TV ialah sejenis TV pintar (smart TV) kerana ia mempunyai OS tersendiri.

TV biasa pun boleh jadi TV pintar

Kalau anda sedang menggunakan TV biasa namun ia mempunyai port USB dan HDMI, anda boleh berjimat kerana boleh gunakan kotak Android atau cucuk peranti lain seperti Apple TV, Chromecast untuk sambungkannya dengan internet.

Contoh paling terkenal, Mi TV Stick dan Mi Box yang apabila anda cucuknya pada TV biasa, ia seolah-olah menggunakan TV pintar atau Android TV walaupun prestasinya tidak setanding.

Tapi matlamat anda untuk sambung TV dengan Internet, tonton Netflix, YouTube dan lain-lain dapat dicapai.

Beli

Android TV bawah RM1,000

  • Mi TV P1 32″ (RM669) – Klik SINI
  • Mi TV A2 43″ (RM899) – Klik SINI
  • Philips 32PHT6916/68 32″ (RM925) – Klik SINI
  • TCL 43S5200 43″ (RM999) – Klik SINI

TV Stick dan kotak Android

  • Mi TV Stick (versi global) – Klik SINI
  • realme TV Stick – Klik SINI
  • Chromecast 3 – Klik SINI
  • Mi Box S –  Klik SINI
  • TIVO Stream – Klik SINI
  • Mecool KM2+/KD3/KM7+ – Klik SINI

Sumber: Google, Android Police, Make Use Of, TCL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress