Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ketahui Perbezaan Di Antara Bytes & Bits Serta Kegunaannya

JENDELA Fasa 2 Sasar 100% Kawasan Berpenduduk Nikmati Internet Dan Capai Purata Kelajuan Jalur Lebar Mudah Alih Selaju 100Mbps – MCMC

Diterbitkan Februari 27, 2023 ยท Dikemas kini Februari 27, 2023 oleh ariff bukhari

Menyambut baik Belanjawan 2023 yang diumumkan baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan bahawa, mereka akan terus komited dalam memperkasakan kesalinghubungan serta mengukuhkan ekosistem digital negara merentasi sektor industri dan rakyat Malaysia yang merangkumi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan pelaksanaan 5G.

MCMC memaklumkan, JENDELA Fasa 2 (2023-2025) akan memberi tumpuan dalam penyediaan liputan Internet bagi baki tiga peratus (3%) kawasan berpenduduk, memperluaskan akses Gigabit bagi jalur lebar talian tetap kepada sembilan (9) juta premis di seluruh negara.

Bagi tahun 2023, sejumlah RM725 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah.

Selain itu MCMC juga memaklumkan, mereka mensasarkan liputan rangkaian 5G menjelang hujung tahun 2023 akan meliputi sehingga 80% kawasan berpenduduk serta 100% kawasan berpenduduk mendapat liputan Internet dan mencapai purata kelajuan jalur lebar mudah alih selaju 100Mbps menjelang hujung 2025.

Berkaitan

  • Belanjawan 2023: JENDELA Akan Dipercepat, DNB Akan Diurus Dengan Lebih Telus
  • Belanjawan 2023: Tarif Elektrik Kekal Buat Pengguna Domestik Dan PKS
  • Belanjawan 2023: 50,000 Komputer Riba Untuk Sekolah Dan Institusi Pendidikan

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY