Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
8th Anniversary

Siri vivo V Sambut Ulang Tahun Ke-8, Dapatkan Pin Tambah Nilai TnG Bernilai RM100

Diterbitkan Mei 12, 2023 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-8 bagi telefon pintar vivo siri V, vivo Malaysia sedang mengadakan pelbagai acara dan tawaran hadiah menarik dari 11 Mei hingga 12 Jun 2023.

Antaranya adalah tawaran pin tambah nilai Touch and Go bernilai RM100. Untuk melayakkan anda mendapat tawaran eksklusif ini, anda hanya perlu membawa dan menunjukkan peranti siri vivo V lama anda ke kedai konsep dan membeli vivo V27 terbaharu, tiada trade-in diperlukan.

8th Anniversary 1.0

Selain itu, anda juga berpeluang memiliki beg eksklusif khusus untuk ulang tahun ini yang telah dicipta dengan kerjasama jenama fesyen ikonik-Christy Ng.

8th Anniversary 1.2
Pelanggan yang membeli vivo V27 di mana-mana kedai konsep vivo atau dalam talian akan layak mendapatkan beg khas ini.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan ini, vivo juga akan mengadakan acara meliputi hampir di seluruh negara seperti bengkel fotografi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Johor.

8th Anniversary 1.3

vivo Malaysia telah pun melancarkan siri V27 pada Mac lalu.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7200, varian RAM 8GB atau 12GB serta storan 256GB.

Ia juga dimuatkan dengan bateri 4600mAh serta menyokong pengecasan pantas 66W.

V27 IMG_9894

vivo V27 juga menggunakan skrin AMOLED 6.78 inci (FHD+) kamera utama 50MP, 8MP sudut lebar,  2MP makro dan kamera swafoto 50MP.

Harga jualan vivo V27 bermula dari RM1,799.

Jom beli varian vivo V27 8GM RAM/storan 256GB di SINI atau varian 12GB RAM/storan 256GB di SINI.

Berkaitan

  • Rasmi, HUAWEI P60 Pro Berharga RM4699, Mate X3 Serendah RM8888
  • 3 Lagi Model Redmi Note 12 Masuk Malaysia, Harga Bermula RM999
  • ROG Ally Akhirnya Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM2,669

Sumber: Siaran Media vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY