Rasmi, HUAWEI P60 Pro Berharga RM4699, Mate X3 Serendah RM8888

Hari ini, HUAWEI bawakan 2 telefon baharu ke dalam pasaran Malaysia iaitu P60 Pro dan foldable, Mate X3.



Menariknya, DXOMARK sudah pun meletakkan P60 Pro di tangga pertama dalam carta mereka.

Dukacita untuk kami ingatkan bahawa kesemua peranti ini tidak menyokong 5G, tidak kira walau di mana anda berada. Hal ini kerana cip Snapdragon dipasang pada peranti Huawei sudah dinyah-5G disebabkan sekatan Amerika Syarikat.

Ulasannya juga sudah kami terbitkan di SINI.

Akan tetapi, kita lihat dulu apa ditawarkannya.

HUAWEI P60 Pro


harga huawei p60 pro malaysia

Model standard tidak dijual secara global, tapi yang penting model berspesifikasi tingginya iaitu P60 Pro tersedia di sini.

  • Snapdragon 8+ Gen 1 4G

  • 8/256GB, 12/512GB

  • 6.67" inci LTPO OLED, 1-120Hz (2700 × 1220)

  • 48MP utama, 13MP sudut lebar, 48MP telefoto

  • Swafoto 13MP

  • 4815mAh (88W berwayar, 50W tanpa wayar, 7.5W berbalik)

  • EMUI 13.1


harga huawei p60 pro malaysia

Apertur boleh diubah menjadi antara ciri menarik kameranya, daripada F1.0 ke F4.0 selain Super Moon, Ultra Lighting Telephoto (F2.1), Long Travel Slide Zoom Lens Group.

Dalam pada itu, peranti ini turut disertakan perlindungan IP68.

harga huawei p60 pro malaysia

Kalau anda mahu guna dengan kad TNG NFC, jangan risau kerana ia mempunyai ciri NFC.



Antara ciri paparan yang disertakan ialah PWM Dimming yang mampu berkelip sehingga 1440Hz manakala kadar input sentuh pula setinggi 300Hz.

harga huawei p60 pro malaysia

Skrin Kun Lun di hadapan juga hadir dalam rekaan Quad-Curved di mana ada sedikit lengkungan di sekitar dan bucu namun tidaklah seperti skrin melengkung yang biasa kerana ia masih terasa rata.

harga huawei p60 pro malaysia

P60 Pro juga menjadi pertama dalam dunia menerima pengiktirafan TÜV Rheinland Color Accuracy Dual Certification (Colour Accuracy & Precise Colour Projection) untuk ketepatan warna, selain Mate X3.


Harga P60 Pro


Anda sudah boleh pratempah mulai hari ini dan mula tersedia 20 Mei 2023.

Dua warna tersedia ialah putih Rococo Pearl dan hitam.

Ulasan dan pengalaman kami menggunakan kamera P60 Pro boleh dibaca di SINI.

Mate X3 Pro


huawei mate x3 malaysia

Siri Mate X ialah siri untuk telefon lipat HUAWEI, jika anda belum maklum.



Mate X3 dikatakan HUAWEI ialah telefon lipat paling ringan dan nipis iaitu dengan berat 239g dan ketebalan 11.08mm ketika dilipat dan 5.3mm bila dibuka.

  • Snapdragon 8+ Gen 1 4G

  • 12/512GB

  • Skrin dalam: 6.4" 1-120Hz OLED LTPO (2504 × 1080)

  • Skrin luar: 7.85" 120Hz (2496 × 2224)

  • 48MP utama, 13MP sudut lebar, 12MP periskop

  • Swafoto 13MP

  • 4800mAh (66W berwayar, 50W tanpa wayar, 7.5W berbalik)

  • EMUI 13.1


harga huawei mate x3 malaysia

Dalam pada itu, port Type-C padanya juga ialah paling nipis dalam pasaran sekarang.

Dengan rekaan sisi tepi yang melengkung berbanding rata pada pesaingnya, ia menambahkan lagi keindahan pada tubuh peranti ini.

huawei mate x3 malaysia

Kaca Kun Lun menjadi antara ciri unik pada peranti HUAWEI sekarang. Menurut jenama China itu, teknologi ini menjadikan kaca lebih tahan lasak daripada telefon lain di pasaran.

huawei mate x3 malaysia

Kedua-dua skrin mempunyai ciri PWM Dimming 1440Hz dan ketumpatan piksel 416 PPI.

Ia mempunyai perlindungan IPX8.



Selain itu, ia turut mempunyai sistem penyejukan tersendiri di mana lapisan graphene yang akan hilangkan baha semasa bermain game dan dicas.

Harga Mate X3


Harga mate x3 Malaysia

Ia sudah tersedia mulai hari ini dengan 2 pilihan warna iaitu hijau Dark Green Vegan Leather dan hitam.

{suggest}