ROG Ally Akhirnya Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM2,669

Asus melancarkan peranti gaming mudah alih pertama mereka - Asus ROG Ally. ROG Ally dilancarkan pada jam 10 malam waktu Malaysia dalam satu acara pelancaran maya di platform YouTube.

https://www.youtube.com/watch?v=m_2L7xw_zGw

ROG Ally menjadi pesaing baru kepada Steam Deck dan Logitech G Cloud dalam platform tersebut. Asus ROG menyatakan kita boleh bermain AAA games dalam tetapan 1080p menggunakan peranti Ally ini.

Spesifikasi Asus ROG Ally




Asus ROG Ally dikuasakan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 Series, memori RAM LPDDR5 dwi-saluran hingga 16GB dan storan PCIe Gen4 SSD hingga 514GB.



Sekiranya saiz storan itu tidak mencukupi, ROG Ally terbina sokongan penambahan storan melalui slot kad mikroSD.

Selain itu, peranti mudah alih ROG ini direka khas untuk mendapatkan berat binaan 608g yang kompak dan ringan dalam kelasnya.



Peranti ini dilengkapi skrin 7 inci beresolusi FHD yang menyokong kadar segar semula 120Hz, tahap kecerahan maksimum 500 nits, masa tindak balas 7ms dan AMD FreeSync.

Di samping itu, peranti ini mempunyai dwi-pembesar suara di depan yang menyokong ciri Dolby Atmos, sistem ROG Intelligent Cooling, pelbagai ciri menarik dalam profil kawalannya dan aksesori.

Asus ROG Ally menggunakan Windows 11 yang telah diselaraskan untuk persekitaran dan keperluan peranti mudah alih ini.



Oleh itu, ia disiapkan dengan kesesuaian penuh dengan Xbox Game Pass, Steam, EA App dan Epic Games. Menariknya lagi, ROG Ally boleh dipasangkan kepada ROG XG Mobile untuk menambahkan kuasa pemprosesan grafiknya.



Pengecasnya pula dilengkapi satu port HDMI tambahan untuk membolehkan ROG Ally ini dimainkan dalam paparan monitor ketiga.

Harga Asus ROG Ally


Asus ROG Ally didatang dalam 2 model yang berkuasa - AMD Ryzen Z1 dan AMD Ryzen Z1 Extreme. Berikut adalah harga jualan bagi setiap model:



Asus ROG Ally AMD Ryzen Z1 

  • USD599 (~RM2,669.00)


Asus ROG Ally AMD Ryzen Z1 Extreme

  • USD699 (~RM3109.00)


Dan setiap pembelian ROG Ally akan mendapat langganan Xbox Game Pass Ultimate percuma selama 3 bulan.

Sementara itu, Asus ROG XG Mobile juga hadir dalam 2 variasi untuk dipilih - GC32 dan GC33 dan berikut adalah harga jualan rasminya:



Asus ROG XG Mobile GC32 (AMD Radeon RX 6850M XT)

  • USD799 (~RM3,559.00)


Asus ROG XG Mobile GC32 (NVIDIA GeForce RTX 4090)

  • USD1999 (~RM8,899.00)


{suggest}