3 Lagi Model Redmi Note 12 Masuk Malaysia, Harga Bermula RM999

Pada 11 Mei, Xiaomi mengumum dan merasmikan 3 model baharu yang mengisi siri Redmi Note 12 sebelum ini. Model yang diperkenalkan adalah versi Pro bagi siri seperti - Redmi Note 12 Pro 5G, Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12S.

Redmi Note 12 Pro 5G




Redmi Note 12 Pro 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 1080, memori RAM 8GB dan storan sebesar 256GB.

Versi 5G ini menawarkan skrin Flow AMOLED berukuran 6.67" beresolusi 1080p yang menyokong ciri DolbyVision dan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini dilindungi Corning Gorilla Glass 5 dan mempunyai penarafan IP53.

Peranti ini dilengkapi tetapan 3 kamera - 50MP utama dengan OIS, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto. Peranti ini disokongkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W.

Redmi Note 12 Pro 5G menawarkan 3 pilihan warna - Midnight Black, Polar White, dan Sky Blue.

Redmi Note 12 Pro




Redmi Note 12 Pro pula dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 732G, memori RAM 8GB dan storan 256GB yang sama.

Versi bukan 5G ini memberikan skrin AMOLED DotDisplay berukuran 6.67" FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Panel skrin ini juga dilindungi Corning Gorilla Glass 5 dan mempunyai penarafan IP53.

Dalam bab kamera, versi Pro ini menawarkan tetapan 4 kamera - 108MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro, 2MP kedalaman dan 16MP swafoto. Seperti versi 5G, ia mempunyai bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W.

Redmi Note 12 Pro tersedia dalam 4 pilihan warna - ​​Star Blue, Glacier Blue, Polar White, dan Graphite Gray.

Redmi Note 12S




Note 12S pula dikuasakan cip MediaTek Helio G96, memori RAM 8GB dan storan 256GB yang besar.

Ia menampilkan skrin AMOLED DotDisplay 6.43" yang lebih kecil beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Walaupun menyokong penarafan IP53 tetapi panel paparan peranti ini hanya menggunakan Corning Gorilla Glass 3.

Untuk kamera, Note 12S menggunakan tetapan 3 kamera - 108MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto. Peranti ini mempunyai saiz bateri 5,000mAh yang sama tetapi sokongan pengecasan pantas 33W yang lebih perlahan.

Redmi Note 12S menawarkan 3 pilihan warna - Ice Blue, Pearl Green, dan Onyx Black.

Harga dan Ketersediaan


Ketiga-tiga peranti baharu ini akan tersedia untuk dibeli bermula pada 12 Mei esok di stor rasmi Xiaomi, dan secara atas talian di Lazada dan Shopee.



Untuk masa terhad, setiap pembelian siri Note 12 terawal akan mendapat Redmi Buds 4 Lite percuma yang bernilai RM139.

Berikut adalah harga setiap model baru siri Redmi Note 12 ini:

Redmi Note 12 Pro 5G

  • 8GB + 256GB - RM1,299


Beli Redmi Note 12 Pro 5G di Lazada - https://invol.co/clig2am

Beli Redmi Note 12 Pro 5G di Shopee - https://invl.io/clig2ba

Redmi Note 12 Pro 

  • 8GB + 256GB - RM1,099


Beli Redmi Note 12 Pro di Lazada - https://invol.co/clig2bn

Beli Redmi Note 12 Pro di Shopee - https://invl.io/clig2kt

Redmi Note 12S

  • 8GB + 256GB - RM999


Beli Redmi Note 12S di Lazada - https://invol.co/clig2lc

Beli Redmi Note 12S di Shopee - https://invl.io/clig2ma

{suggest}

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi