Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tecno Camon

Siri Tecno Camon 40 Diperkenal – Cip Dimensity 8350, IP69, Kamera Periskop 50MP

Diterbitkan Mac 5, 2025 oleh Amsyar Latif

TECNO telah melancarkan siri CAMON 40 di MWC Barcelona 2025, memperkenalkan empat model baharu: CAMON 40 Premier 5G, CAMON 40 Pro 5G, CAMON 40 Pro, dan CAMON 40. Siri ini menampilkan teknologi AI terkini, sistem kamera berprestasi tinggi, dan ciri pintar yang meningkatkan kreativiti serta kecekapan pengguna.

Siri CAMON 40 hadir dengan ciri AI One-Tap FlashSnap, membolehkan tangkapan pantas dengan hanya satu butang. Kamera 50MP Sony LYT-701 Ultra Night pada CAMON 40 Premier 5G meningkatkan pengambilan cahaya sebanyak 56.25% dan menangkap imej 2,600 kali lebih pantas daripada kelipan mata manusia. Model ini juga menyokong rakaman 4K 60fps Ultra Night Video dengan cip pemprosesan imej khas.

Selain itu, siri ini menampilkan kamera 50MP ultra lebar, 50MP telefoto periskop, 50MP swafoto serta hadir dengan ciri AI Image Extender dan AI Eraser 2.0 untuk penyuntingan gambar yang lebih pintar.

Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 8350 Ultimate, CAMON 40 Premier 5G menawarkan peningkatan AI sebanyak 330%, menjadikannya peranti TECNO paling canggih setakat ini. Teknologi AI-Powered 360° AI Call Assistant turut diperkenalkan dengan ciri seperti Call Noise Cancellation, Auto Answer & Call Summary dan AI Translate.

TECNO AI

Selain itu, AI TECNO juga meningkatkan produktiviti dengan ciri AI Writing, Circle to Search oleh Google, dan pembantu peribadi Ella AI Assistant.

Siri CAMON 40 menawarkan ketahanan IP68/IP69 untuk perlindungan air dan debu, Gorilla Glass 7i, serta SGS 5-Star Certification dengan 360° Drop Resistance.

Model Premier 5G dilengkapi bateri 5100mAh dengan 70W Ultra Charge, sementara keseluruhan siri menyokong storan hingga 256GB + 12GB RAM.

Buat masa ini, dijangka satu model dalam siri ini akan masuk ke pasaran Malaysia kelak.

Berkaitan

  • TECNO Perlihat Konsep Telefon Tri-Lipat, Skrin Sebesar Tablet 10 Inci
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • TECNO Perkenal PC Gaming Mini Dengan Ciri Penyejukan Air Terkecil Di Dunia
  • TECNO Perlihatkan 3 Inovasi Teknologi Kamera Terkini Untuk Telefon Pintar

Sumber: Tecno

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY