Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-08-29 163537

TECNO Perlihat Konsep Telefon Tri-Lipat, Skrin Sebesar Tablet 10 Inci

Diterbitkan Ogos 30, 2024 oleh Rushsyafizal

Selepas konsep skrin boleh gulung Phantom Ultimate tahun lepas, Tecno kini memperlihatkan Phantom Ultimate 2. Sebuah peranti konsep tri-lipat yang mana skrinnya boleh dilipat sehingga mencapai 10 inci secara diagonal.

Screenshot 2024-08-29 163631

Jika dilihat pengeluaran trend telefon pintar boleh lipat sudah seperti sebuah tablet kecil. Namun, Phantom Ultimate 2 menawarkan paparan skrin yang lebih besar, setanding dengan tablet bersaiz penuh. Ia boleh berkembang dari skrin bersaiz 6.48 inci apabila dilipat hingga ke skrin LTPO OLED bersaiz 10 inci dengan resolusi 1,620 x 2,880 dan nisbah 4:3.

Screenshot 2024-08-29 163509
Screenshot 2024-08-29 163606

Phantom Ultimate 2 adalah telefon boleh lipat dengan teknologi TDDI yang meletakkan kedua-dua pemancu paparan dan sensor sentuhan.

Ia turut menyokong fungsi skrin mengapung dan mempunyai reka bentuk yang nipis berukuran 11mm apabila dilipat sepenuhnya, hasil daripada mekanisme dwi-engsel yang dibangunkan sendiri oleh Tecno.

Menggunakan engsel yang lasak berserta penutup bateriĀ  direka dengan ketebalan hanya 0.25mm menjadikannya antara telefon pintar lipat yang paling nipis.

Bahagian bawah telefon ini boleh dilipat dan digunakan sebagai papan kekunci untuk mencatat nota serta terdapat dua bahagian paparan sama saiz pada sisi bertentangan yang boleh digunakan bersama.

Biarpun peranti ini masih lagi sebuah konsep, Tecno Phantom Ultimate 2 mempunyai potensi besar untuk membuka pelbagai kegunaan baharu dalam dunia telefon pintar boleh lipat.

Berkaitan

  • Teknologi Skrin OLED Samsung Akan Jadikan Telefon Tidak Lagi Perlu Dicas Setiap Hari
  • Samsung Perkenal Projektor UST Premiere 9 Dan Premiere 7
  • Tesla Malaysia Tawar Diskaun Lebih RM30 Ribu Untuk Model Y Prestasi
  • Hanya iPhone 17 Pro Max Dilaporkan Akan Dilengkapi Dengan 12GB RAM

Sumber : GSMARENA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY