Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TECNO Future Lens 2024 – EVS Dynamic Snapshot

TECNO Perlihatkan 3 Inovasi Teknologi Kamera Terkini Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan Disember 6, 2024 oleh ariff bukhari

Di acara tahunan Future Lens 2024, TECNO memperkenalkan tiga kejayaan terbaharu iaitu matriks imej baharu dan dua teknologi imej canggih.

Yang pertama adalah teknologi TECNO Image Matrix (TIM), “otak” AI yang menyusun semula dan mengoptimumkan kuasa untuk meningkatkan proses pengimejan, menyokong fungsi baharu, dan menghasilkan imej yang lebih berkualiti.

TECNO Perlihatkan 3 Inovasi Teknologi Kamera Terkini Untuk Telefon Pintar

Kedua pula adalah teknologi EVS Dynamic Shot, memperbaiki keupayaan menangkap subjek yang sedang bergerak.

Manakala kejayaan ketiga TECNO dalam teknologi imej adalah ciri yang dikenali sebagai Tap Any Zoom Dual Prism Telephoto yang memastikan penggambaran jarak jauh lebih stabil.

Kesemua teknologi terbaru ini dijangka akan dibawakan kepada para pengguna menerusi barisan telefon pintar flagship TECNO pada tahun hadapan.

TECNO Perlihatkan 3 Inovasi Teknologi Kamera Terkini Untuk Telefon Pintar

Acara TECNO Future Lens 2024 yang berlangsung di Chongqing, China, turut membawa para peserta termasuk peminat telefon pintar dan fotografi, pemimpin industri dan wartawan dari seluruh media melawat makmal R&D TECNO dan kilang automatiknya.

Berkaitan

  • Tecno Umum AI Vision, Akan Dilancar Pada Peranti Tidak Lama Lagi
  • Tecno Spark 30 5G Dan Spark 30C 5G Rasmi Di India
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: TECNO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY