Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Redmi Note 17 Sah Akan Perkenal Model Pro Max, Bateri 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 Sah Akan Perkenal Model Pro Max, Bateri 10,000mAh

Diterbitkan Ogos 17, 2026 · Dikemas kini Ogos 17, 2026 oleh ariff bukhari

Trend pemilikan telefon pintar di Malaysia kini mula beralih.

Pengguna kini bukan sahaja mahukan sebuah peranti berprestasi semata-mata, tapi juga tertumpu kepada ketahanan jangka panjang, prestasi bateri yang stabil, serta keupayaan peranti berdepan penggunaan harian.

Bagi memenuhi keperluan ini, Xiaomi bakal memperkenalkan Siri REDMI Note 17 menerusi komitmen Built for Years.

Falsafah ini menekankan ketahanan optimum selama enam tahun yang merangkumi kesihatan bateri, kemaskini keselamatan, serta kelancaran sistem peranti.

Siri ini disokong oleh persijilan TÜV SÜD bagi tiga kategori utama: ketahanan bateri, rintangan jatuh, dan rintangan air.

Bagi memastikan hayat bateri kekal cemerlang, peranti ini menggunakan teknologi silikon-karbon.

Sistem bateri ini direka khas untuk mengekalkan kapasiti melebihi 80% walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan di mana ia dibina untuk mengekalkan prestasi yang andal selama enam tahun di bawah penggunaan harian.

Siri Redmi Note 17 Sah Akan Perkenal Model Pro Max, Bateri 10,000mAh
Siri REDMI Note 17 bakal tampil dengan bateri 10,000mAh.

Selain itu, peranti ini turut diperkukuh dengan rintangan jatuh setinggi 3 meter serta komponen kalis air.

Siri REDMI Note 17 turut akan memperkenalkan model Pro Max pertamanya yang akan menawarkan reka bentuk dan pengalaman yang lebih maksimum.

Siri REDMI Note 17 dijangka akan dilancarkan pada awal September akan datang.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Siri REDMI 17 Dilancarkan Di Malaysia – Bateri 7,500mAh, Skrin 120Hz, Harga Bermula RM469
  • Ciri Penuh Liquid Glass HyperOS 4 Mungkin Hanya Untuk Peranti Xiaomi Terbaru sahaja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY