Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri Penuh Liquid Glass HyperOS 4 Mungkin Hanya Untuk Peranti Xiaomi Terbaru sahaja

Ciri Penuh Liquid Glass HyperOS 4 Mungkin Hanya Untuk Peranti Xiaomi Terbaru sahaja

Diterbitkan Ogos 13, 2026 · Dikemas kini Ogos 13, 2026 oleh ariff bukhari

Xiaomi telah memperkenalkan sistem operasi generasi baharu, HyperOS 4 bagi telefon pintar mereka termasuklah bagi jenama REDMI.

Membawakan transformasi menyeluruh dari segi prestasi sistem, reka bentuk antaramuka (UI), integrasi ekosistem, serta keupayaan kecerdasan buatan (AI),  kemas kini ini dibina bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, responsif, dan pintar.

Walaupun tarikh keluaran rasmi untuk kemas kini tersebut masih belum diumumkan, tapi Xiaomi sudah pun berkongsikan sejumlah ciri-ciri baharu yang akan diperkenalkan pada HyperOS 4.

Prestasi keseluruhan meningkat

Dari sudut prestasi, Xiaomi menjanjikan HyperOS 4 dengan peningkatan kelajuan sistem yang akan menjadikan peranti lebih pantas dihidupkan, operasi yang lebih responsif dan lancar diguna untuk tempoh masa yang lama.

Ia hasil daripada keupayaan HyperOS mengekalkan lebih banyak aplikasi di latar belakang tapi menggunakan sumber memori pada kadar yang lebih rendah.

Kepantasan HyperOS 4 juga berkat daripada integrasi kecerdasan buatan (AI) Super Xiao Ai 2.0 di mana ciri pramuat memori (AI memory preloading) meramalkan dan mengatur secara proaktif, menyediakan ingatan mengikut keperluan.

Ini sekali gus meningkatkan ruang RAM sedia ada walau selepas penggunaan berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya.

Ciri Penuh Liquid Glass HyperOS 4 Mungkin Hanya Untuk Peranti Xiaomi Terbaru sahaja
Berdasarkan data yang dikongsikan Xiaomi, kepantasan HyperOS 4 adalah 17.5% lebih laju apabila proses pelancaran pelbagai aplikasi dilaksanakan, berkat daripada teknologi AI yang bertindak mengagih beban secara tepat merentasi komponen sistem dan pramuatan data dan aplikasi ke dalam memori.

Liquid Glass, tapi mungkin tak semua dapat

Xiaomi juga mengesahkan bahawa antaramuka HyperOS 4 akan menampikan rekaan Liquid Glass.

Elemen UI baharu ini akan bertindak balas kepada cahaya, warna latar belakang dan kandungan sekeliling semasa.

Namun, menurut laporan, kesan penuh Liquid Glass hanya tersedia pada peranti dengan Snapdragon 8 Elite dan yang lebih baharu, XRING O1, XRING O3 dan Dimensity 9500 dan pemproses yang lebih baharu.

Ini kerana, Xiaomi telah membina sekatan perkakasan ke dalam kod pembangunan bagi kesan Liquid Glass ini.

Jadi, jika sekatan ini kekal dalam keluaran akhir, peranti lain yang disokong mungkin mendapat HyperOS 4 tanpa set lengkap kesan visual yang sepatutnya.

Xiaomi HyperOS 4
Barisan peranti Xiaomi dengan HyperOS 4.
Ciri Penuh Liquid Glass HyperOS 4 Mungkin Hanya Untuk Peranti Xiaomi Terbaru sahaja

Super Xiao Ai 2.0

HyperOS 4 turut memperkenalkan Super XiaoAi 2.0, pembantu AI berasaskan model besar Xiaomi MiMo.

Perubahan utama adalah peralihan daripada jawapan satu arahan kepada penyelesaian tugas yang lebih aktif.

Xiaomi menggelarkan pendekatan baharu ini sebagai cara AI bekerjasama dengan pengguna merentasi aplikasi, peranti, jadual, dokumen dan alatan rumah pintar.

Kebanyakan fungsi ini adalah sebahagian daripada Mod Pakar (Expert Mode), yang hanya akan tersedia pada peranti terpilih dan memerlukan Super XiaoAi versi 8.1 atau lebih baharu.

Ciri Penuh Liquid Glass HyperOS 4 Mungkin Hanya Untuk Peranti Xiaomi Terbaru sahaja
Salah satu keupayaan Super Xiao Ai 2.0 ini adalah membina laman web. Hanya dengan menerangkan keperluan, anda boleh menjana halaman, struktur, kandungan dan gaya visual, dengan cepat memiliki sebuah laman web sendiri yang boleh digunakan serta merta.

HyperOS 4 yang berasaskan Android 17 dijangka akan dilancarkan secara global pada September 2026 akan datang.

Namun, Xiaomi telah menjadualkan versi beta HyperOS 4 untuk peranti terpilih secara berperingkat bermula 14 Ogos ini, seterusnya 27 Ogos dan 17 September 2026 ke lebih banyak model telefon pintar mereka.

Ciri Penuh Liquid Glass HyperOS 4 Mungkin Hanya Untuk Peranti Xiaomi Terbaru sahaja

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • HONOR Lancar Telefon Robot Pertama Di Dunia, Harga Bermula ~RM6,200
  • Google Pixel 11 Pro Fold Lebih Nipis, Ringan Dan Tahan Lasak Berharga RM7,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY