Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri REDMI Note 15 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM799

Posted on Januari 15, 2026Januari 15, 2026

Siri REDMI Note 15 kini rasmi dilancarkan di Malaysia sebentar tadi. Ia hadir dengan ketahanan “Titan Tough” yang direka untuk aktiviti harian mahupun pelbagai aktiviti lasak.

Untuk pasaran Malaysia, siri Redmi Note 15 hadir dalam 4 model iaitu standard, 5G, Pro 5G dan 15 Pro+ 5G.

REDMI Note 15

REDMI Note 15 Standard dilengkapi bateri 6000mAh dengan pengecasan turbo 33W dan sokongan pengecasan terbalik 18W, yang mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan.

Skrin AMOLED 6.77 inci menyokong kadar kecerahan 3200 nits, kadar segar semula 120Hz dengan pensijilan TÜV untuk keselesaan mata.

Kamera utamanya menggunakan lensa 108MP dipadukan dengan teknologi AI, membolehkan rakaman jelas, zoom semula jadi serta suntingan pintar seperti AI Erase dan Remove Reflection.

Spesifikasi asas REDMI Note 15 Standard.

REDMI Note 15 5G

REDMI Note 15 5G tampil dengan rekaan ultra-nipis 7.35mm, tetapi tetap berkuasa melalui bateri 5520mAh berteknologi silikon-karbon yang  mampu bertahan sehingga 1.5 hari penggunaan serta menyokong pengecasan turbo 45W dan pengecasan terbalik 18W.

Ketahanannya dibuktikan dengan IP66 serta skrin tahan lasak yang lulus ujian SGS pada jatuhan setinggi 1.7 meter.

Ia juga dilengkapi kamera utama 108MP tetapi dengan OIS dan AI editing tools menghasilkan imej tajam serta suntingan pintar.

Dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 3, skrin AMOLED 6.77 inci dengan kecerahan 3200 nits dan audio Dolby Atmos, ia menyatukan prestasi, hiburan dan reka bentuk premium.

Spesifikasi asas REDMI Note 15 5G.

REDMI Note 15 Pro 5G

REDMI Note 15 Pro 5G pula direka dengan ketahanan “Titan Tough”, dilengkapi saiz  bateri silikon-karbon terbesar dalam siri ini iaitu 6580mAh yang menyokong pengecasan turbo 45W dan pengecasan terbalik 22.5W.

Malah hayat bateri peranti ini mampu bertahan sehingga enam tahun dengan mengekalkan kapasiti 80% walaupun selepas 1600 kitaran.

Ia dilengkapi perlindungan SGS 5-bintang, kaca Corning Gorilla Victus 2 serta pensijilan IP66/IP68/IP69K yang mampu menahan jatuhan 2.5 meter dan rendaman air sehingga 24 jam.

Dilengkapi kamera utama 200MP yang lebih berkuasa dengan AI Engine baharu, ia menawarkan zoom optikal 2x dan 4x, algoritma potret ultra-jelas serta rakaman video 4K.

Skrin AMOLED 6.83 inci 1.5Knya dengan Dolby Vision dan audio 400% boost menjadikannya telefon premium ini serba lengkap.

Spesifikasi asas REDMI Note 15 Pro 5G.

REDMI Note 15 Pro+ 5G

Akhir sekali adalah model REDMI Note 15 Pro+ 5G juga menampilkan ketahanan “Titan Tough” dengan bateri silikon-karbon berkapasiti 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W HyperCharge dan pengecasan terbalik 22.5W.

Ia lulus pensijilan SGS 5-bintang serta IP66/IP68/IP69K, mampu menahan jatuhan sehingga 2.5 meter dan rendaman air 24 jam.

Kamera utama 200MP dengan OIS dan AI Engine baharu menawarkan zoom optikal 2x dan 4x, rakaman video 4K serta suntingan pintar seperti AI Erase Pro dan AI Beautify.

Dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4 dengan sistem penyejukan IceLoop, skrin AMOLED 6.83 inci 1.5K dan audio Dolby Atmos, ia menyatukan prestasi flagship dengan reka bentuk premium.

Spesifikasi asas REDMI Note Pro+ 5G.

Siri REDMI Note 15 ini ditawarkan dengan harga bermula dari RM799.

Beli Siri REDMI Note 15 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/cln66cs
  • Lazada – https://invl.me/cln66cv

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress