Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone 17, AFP

iPhone Kekal No.1 Tiga Tahun Berturut-Turut Atasi Samsung

Diterbitkan Januari 15, 2026 oleh ariff bukhari

Menurut laporan pasaran telefon pintar global terbaru oleh Omdia, mereka  menyaksikan pertumbuhan sebanyak 4% pada suku keempat 2025.

Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan musim perayaan dan kawalan inventori yang lebih baik, walaupun kos komponen yang meningkat mula menekan beberapa vendor.

iPhone Kekal No.1 Tiga Tahun Berturut-Turut Atasi Samsung

Apple muncul sebagai peneraju dengan pegangan pasaran 25%, hasil kejayaan siri iPhone 17 yang mencatatkan rekod jualan bagi suku tahunan 2025.

Ini menjadikan Apple terus kekal menguasai pasaran telefon pintar global buat kali ke-3 berturut-turut.

iPhone Kekal No.1 Tiga Tahun Berturut-Turut Atasi Samsung

Samsung pula berada di tempat kedua dengan penguasaan 18% pasaran, dipacu oleh kejayaan model Galaxy A17 dalam segmen mampu milik.

Sementara Xiaomi mengekalkan kedudukan ketiga walaupun bahagian pasaran menurun kepada 11%, manakala vivo mencatatkan 8% dengan kekuatan di India.

OPPO pula kembali ke lima teratas dengan 8% selepas menunjukkan pemulihan positif menjelang penggabungan realme pada Januari 2026.

iPhone Kekal No.1 Tiga Tahun Berturut-Turut Atasi Samsung

Sepanjang tahun 2025 menyaksikan jumlah penghantaran global telefon pintar telah meningkat 2% kepada 1.25 bilion unit.

Namun, kekangan bekalan DRAM dan kenaikan kos memori dijangka menjadi cabaran utama pada 2026 untuk para pemain industri bagi mengekalkan daya saing.

Omdia menjangkakan, Apple akan terus memimpin dalam kategori peranti premium, sementara pengeluar lain dijangka menyesuaikan strategi pelancaran dan perkhidmatan tambahan bagi mengimbangi kos yang meningkat.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang
  • Cara Aktifkan Ciri Android Yang Boleh Panjangkan Hayat Bateri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
©2026 WISER.MY