Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
copilot windows 11

Microsoft Akhirnya Benarkan Anda Buang Copilot Dari PC

Diterbitkan Januari 14, 2026 ยท Dikemas kini Januari 14, 2026 oleh ariff bukhari

Microsoft akhirnya membenarkan pentadbir IT menyahpasang aplikasi Copilot daripada Windows 11, namun prosesnya agak rumit.

Buat masa ini, fungsi ini hanya tersedia dalam versi pembangun dan slauran Beta bagi Windows 11 Insider Preview meliputi edisi Enterprise, Pro dan EDU

Dalam Windows Insider Blog memaklumkan, ia dikawal melalui tetapan dalam Group Policy baharu yang dinamakan sebagai RemoveMicrosoftCopilotApp.

“Pentadbir kini boleh menyahpasang Microsoft Copilot untuk pengguna dengan cara yang disasarkan dengan mendayakan dasar baharu bertajuk RemoveMicrosoftCopilotApp.”

Namun, syaratnya ketat di mana ia memerlukan kedua-dua aplikasi Microsoft 365 Copilot dan Microsoft Copilot mestilah dipasang.

Malah aplikasi Microsoft Copilot itu pula tidak boleh dipasang secara manual oleh pengguna, dan ia tidak boleh digunakan dalam tempoh 28 hari terakhir.

Jadi, jika anda mahu membuah Copilot dari PC anda, anda boleh melakukannya dengan pergi ke Group Policy Editor, seterusnya User Configuration > Administrative Templates > Windows AI > Remove Microsoft Copilot App.

Ramai pengguna telah lama meminta pilihan ini kerana Copilot dianggap terlalu dominan dalam sistem operasi sejak Copilot mula tersedia dipasang secara automatik pada PC Windows 10 dan 11 pada tahun 2023.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Syarikat Jepun Lancar Gen-AI Khusus Untuk Industri Automotif
  • Cara Aktifkan Ciri Android Yang Boleh Panjangkan Hayat Bateri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY