POCO telah melancarkan dua model terbaharu, POCO X7 dan POCO X7 Pro, yang direka khas untuk memberikan prestasi tinggi, dan daya tahan yang lebih baik berbanding model terdahulu.
POCO X7
POCO X7 dikuasakan MediaTek Dimensity 7300-Ultra dengan teknologi 4nm. Ia dilengkapi dengan RAM sehingga 12GB, yang boleh diperluaskan sehingga 24GB melalui teknologi RAM maya, serta storan UFS 2.2 sehingga 512GB.
Paparan POCO X7 menggunakan skrin AMOLED 1.5K CrystalRes bersaiz 6.67 inci dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz, memberikan visual yang lancar dan responsif. Skrin ini mempunyai kecerahan maksimum 3000 nits, warna 12-bit dengan 68 bilion warna, dan dilindungi olehCorning Gorilla Glass 7i untuk ketahanan tambahan.
Untuk fotografi, POCO X7 menawarkan kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX882 yang dilengkapi OIS untuk gambar yang jelas dan stabil. Kamera ultra lebar 8MP serta kamera makro 2MP turut melengkapkan sistem kamera belakangnya. Di bahagian hadapan, terdapat kamera swafoto 20MP untuk gambar potret.
Dari segi bateri, POCO X7 hadir dengan kapasiti 5110mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W, membolehkan peranti dicas dengan pantas untuk kegunaan harian. Sistem pengecasan pintar turut memastikan suhu kekal rendah dan memanjangkan jangka hayat bateri.
POCO X7 Pro
POCO X7 Pro pula menawarkan prestasi lebih unggul dengan cip MediaTek Dimensity 8400-Ultra yang dibina dengan teknologi 4nm.
Telefon ini hadir dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan UFS 4.0 sehingga 512GB, memberikan prestasi yang lebih laju dan lancar.
Skrin POCO X7 Pro juga menggunakan paparan AMOLED CrystalRes 1.5K bersaiz 6.67 inci dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kecerahan maksimum 3200 nits, menjadikannya lebih cerah dan jelas walaupun di bawah cahaya matahari. Skrin ini dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus 2 untuk daya tahan tambahan.
Bagi keupayaan kamera, POCO X7 Pro menampilkan kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX882 dan OIS, serta kamera ultra lebar 8MP. Kamera swafoto 20MP juga memastikan gambar berkualiti tinggi untuk setiap rakaman.
Dari segi bateri, POCO X7 Pro dilengkapi dengan bateri besar 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Ia mampu dicas penuh dari 0% hingga 100% dalam masa hanya 42 minit, memberikan kebebasan kepada pengguna tanpa gangguan masa pengecasan.
Kedua-dua model ini menawarkan ciri perlindungan IP68 untuk ketahanan terhadap debu dan air, selain dilengkapi sistem bunyi stereo dan motor linear paksi-X untuk pengalaman haptik yang lebih baik.
Harga di Malaysia
POCO X7 tersedia dalam dua varian, iaitu 8GB+256GB pada harga RM1,199 dan 12GB+512GB pada harga RM1,399.
POCO X7 Pro pula hadir dalam tiga varian, iaitu 8GB+256GB pada harga RM1,499, 12GB+256GB pada harga RM1,599, dan 12GB+512GB pada harga RM1,699.
Beli di:
Shopee – https://invl.io/clm72gt
Lazada – https://invol.co/clm72h1
{suggest}