Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Store IPC Shopping Centre

Stor Pertama Diurus Secara Langsung Xiaomi Malaysia Dibuka Di IPC

Diterbitkan Disember 15, 2024 oleh ariff bukhari

Xiaomi mengumumkan pembukaan Stor Xiaomi pertamanya yang diuruskan secara langsung oleh Xiaomi Malaysia. Berbeza dari stor sebelum ini yang diuruskan oleh perkongsian pengedar, stor ini dikendalikan dan diuruskan sepenuhnya oleh Xiaomi.

Stor Xiaomi baharu yang terletak di Pusat Beli-belah IPC di Petaling Jaya, Selangor ini mempamerkan rangkaian produk inovatif dengan strategi ditingkatkan Xiaomi, “Human × Car × Home“,

Ia mempamerkan pengalaman bagaimana ekosistem pintar menggabungkan peranti peribadi dan produk rumah pintar dengan lancar.

Stor ini juga akan menampilkan lebih 300 telefon pintar Xiaomi dan produk AIoT pintar, menyediakan pengalaman membeli-belah yang berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Xiaomi Store IPC Shopping Centre

Sempena pembukaan, pelanggan boleh menikmati aktiviti eksklusif dalam kedai apabila mereka membeli-belah di stor baharu ini bermula dari sekarang hingga 1 Januari 2025.

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu membeli produk Xiaomi bernilai RM500 & ke atas di Stor Xiaomi baharu di IPC dalam satu resit. Setiap resit layak untuk SATU penyertaan untuk cabutan bertuah.

Hadiah:

  • Hadiah utama – Xiaomi TV A Pro 55 2025 (bernilai RM 2,399)
  • Hadiah kedua – Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro (bernilai RM 1,059)
  • Hadiah ketiga – Xiaomi Smart Air Fryer 6.5L (bernilai RM 399)
  • Hadiah saguhati (100 unit) – Hadiah eksklusif Xiaomi

Tempoh Cabutan Bertuah Pusingan 1 – 14 hingga 21 Disember 2024
Tempoh Cabutan Bertuah Pusingan 2 – 22 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025

Pengumuman pemenang akan dibuat di stor pada 21 Disember 2024 (Pusingan 1) dan pada 1 Januari 2025 (Pusingan 2).

IPC Grand Opening_Lucky Draw 1_1200x1200
IPC Grand Opening_Lucky Draw 2_1200x1200

Selain itu, mulai sekarang hingga 1 Januari 2025, anda boleh melawati Stor Xiaomi baharu di IPC untuk menyertai peraduan Snap & Win untuk memenangi hadiah eksklusif.

Cara menyertai:

  • Lawati Stor Xiaomi baharu di Pusat Beli-belah IPC antara 14 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025.
  • Ambil gambar anda di kedai dan muat naik di media sosial anda.
  • Tunjukkan siaran anda kepada kami.
  • Dapatkan hadiah eksklusif!

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Xiaomi YU7, SUV Elektrik Baharu Dijangka Tiba Pertengahan 2025
  • Xiaomi Melancarkan Sistem Sumber Terbuka Vela

Sumber: Siaran media Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY