Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi turbo 4

Redmi Turbo 4 Rasmi, Telefon Pertama Dengan Cip MediaTek Dimensity 8400-Ultra

Diterbitkan Januari 3, 2025 ยท Dikemas kini Januari 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Redmi Turbo 4 kini secara rasminya dilancarkan di mana ia telefon pintar pertama dikuasakan cip MediaTek terbaru, Dimensity 8400 tetapi model peranti ini menggunakan cip khas dan digelar Dimensity 8400-Ultra.

Telefon ini dilengkapi skrin 6.77 inci LTPS OLED beresolusi 1220p 120Hz, kecerahan maksimum 3200 nits, dilindungi Gorilla Glass 7i dan pengimbas cap jari optikal.

redmi turbo 4 skrin

Belakang peranti terdiri dua kamera, 50MP lebar dengan sensor Sony LYT-600 + OIS serta 8MP ultra lebar. Sementara kamera swafoto pula 20MP (OV20B).

redmi turbo 4

Selain itu, ia ditawarkan bateri karbon silikon 6,550 mAh yang menyokong pengecasan berwayar 90W. Lain-lain adalah termasuk menjalankan HyperOS 2 berasaskan Android 15 serta mempunyai penarafan kalis air serta debu IP66/68/69.

Dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 512GB, telefon ini dijual pada harga bermula sekitar RM1,228.

Seperti biasa, siri Redmi Turbo memang terhad di pasaran China sahaja. Memandangkan spesifikasi serta rekaan yang mirip, dijangka model ini akan dijenamakan semula kepada POCO X7 Pro yang akan dilancarkan pada 9 Januari depan.

Berkaitan

  • Ini Senarai Terkini Peranti Xiaomi, Redmi Dan POCO Yang Dijangka Akan Terima HyperOS 2.0
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Redmi K80 & K80 Pro Rasmi - Snapdragon 8 Elite, 6000mAh
  • HyperOS 2 Kini Di Redmi Note 13 Pro 5G Dan POCO X6
  • Ini Rupa POCO X7 Dan X7 Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY