Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri realme 16 Pro Dengan Kamera 200MP Tiba Di Malaysia, Harga Bawah RM2,500

Siri realme 16 Pro Dengan Kamera 200MP Tiba Di Malaysia, Harga Bawah RM2,500

Diterbitkan Mac 27, 2026 oleh ariff bukhari

Siri realme 16 Pro kini rasmi tiba di Malaysia dengan membawa reka bentuk unik hasil kerjasama bersama pereka terkenal dunia, Naoto Fukasawa.

Telefon pintar kelas pertengahan premium ini tampil sebagai “flagship killer” apabila menjadi satu-satunya segmen telefon pintar pertengahan harga bawah RM2,500 yang dilengkapi dengan kamera 200MP.

Siri realme 16 Pro Dengan Kamera 200MP Tiba Di Malaysia, Harga Bawah RM2,500
Siri realme 16 Pro Dengan Kamera 200MP Tiba Di Malaysia, Harga Bawah RM2,500

 

Ia hadir dengan teknologi LumaColor IMAGE dengan pengesahan TÜV Rheinland, keupayaan telefoto 3.5X, serta kesan bokeh sinematik.

Hasilnya, pengguna boleh menikmati gambar berkualiti tinggi dengan ton kulit semula jadi dan pencahayaan pintar, sama ada di bawah matahari terik atau suasana malam.

Tanpa mendedahkan spesifikasi utama yang lain serta harga jualan sebenarnya, pra-pesanan untuk Siri realme 16 Pro ini sudah pun dibuka dari 26 Mac hingga 10 April 2026, dengan deposit serendah RM20.

Pelanggan juga akan menerima pakej hadiah eksklusif bernilai sehingga RM897, termasuk Smart Band percuma, rebat RM100, waranti lanjutan setahun, dan waranti retak skrin setahun.

realme 16 Pro Series KV

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina
  • Telefon Gaming nubia Neo 5 GT Dilancar, Pertama Dalam Kelasnya Dengan Kipas Terbina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY