Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nubia Neo 5 GT 2

Telefon Gaming nubia Neo 5 GT Dilancar, Pertama Dalam Kelasnya Dengan Kipas Terbina

Diterbitkan Mac 5, 2026 · Dikemas kini Mac 5, 2026 oleh ariff bukhari

nubia memperkenalkan siri telefon pintar gaming terbaru, Neo 5 di MWC Barcelona 2026 dengan fokus kepada pengalaman permainan mudah alih.

Model utama yang paling menarik perhatian adalah, Neo 5 GT, telefon pintar pertama tampil unik dengan kipas terbina dalam dan reka bentuk belakang rata tanpa bonggol kamera.

Sistem penyejukan aktif ini digabungkan dengan kawasan penyejukan lluas 29,508mm² dan reka bentuk saluran udara khas, memastikan prestasi stabil walaupun ketika sesi permainan intensif.

Dikuasakan cip MediaTek D7400 4nm bersama memori LPDDR berkelajuan tinggi, ia  menyokong sistem penyejukan aktif dengan kawasan penyejukan yang besar menyokong permainan sehingga 120FPS pada judul popular seperti Free Fire dan MLBB.

Ia juga dilengkapi paparan AMOLED 6.8 inci 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan sehingga 4,500 nits.

nubia Neo 5 GT 3
Reka bentuk belakang nubia Neo 5 GT rata tanpa bonggol kamera serta pencahayaan RGB.

nubia berkata, mereka telah bekerjasama rapat dengan pembangun permainan terkemuka untuk mengoptimumkan prestasi permainan. Hasilnya,  Nubia Neo 5 GT secara rasminya diperakui untuk permainan 120FPS di Garena Free Fire dan MLBB.

Malah peranti ini turut memberikan pengalaman 90FPS yang mengagumkan pada Delta Force yang memerlukan kuasa grafik tinggi.

Ia dimuatkan dengan bateri dwi-sel 6210mAh menyokong pengecasan pantas 80W, serta mod bypass untuk permainan tanpa gangguan sambil mengecas.

nubia neo 5GT
nubia Neo 5 GT adalah salah satu model dalam siri nubia Neo 5.

ZTE memaklumkan, siri nubia Neo 5 akan memulakan pelancaran globalnya sejurus selepas MWC Barcelona 2026 dengan rantau Asia Tenggara menjadi yang pertama menerimanya pada Mac ini.

Harga jualan pula bermula pada €399 (~RM1,835) untuk nubia Neo 5 GT dan €299 (~RM1,375) untuk nubia Neo 5 – kedua-duanya tersedia dalam tiga warna berbeza.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • TECNO Dan Tonino Lamborghini Perkenal PC Gaming Mini Penyejukan Air Terkecil Di Dunia
  • Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY