Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Logo

Siri Pixel 7 Bakal Menerima Google One VPN Secara Percuma Menjelang Disember 2022

Diterbitkan Oktober 18, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Kita serba tahu dengan siri Google Pixel 7 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Oktober 2022. Kini, Google Pixel 7 dilancarkan dengan dua ciri baharu dan dilabelkan sebagai “akan datang”. Ciri-ciri yang dihebohkan itu pula berkait dengan VPN daripada Google secara percuma. Betul ke ni?

Menurut fail penyokong dari Google One, pengguna Pixel 7 dan Pixel 7 Pro kini boleh mengakses ciri VPN daripada Google melalui mana-mana aplikasi Google One secara percuma tanpa perlu menjadi pelanggan menjelang Disember 2022.

Berkaitan

  • Google Dilapor Mahu Perkenal Alternatif Dolby Atmos Dan Vision
  • Google Stadia Akan Ditamatkan Tahun Depan
  • Tidak Seperti Dijangka, Google Tensor G2 Sah Masih Guna Cip 5nm
  • 5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google Dan Netflix
  • Sebilangan Pengguna Lapor Isu Skrin Pada Google Pixel 7 Pro

Walau bagaimanapun, kelebihan ini tidak layak untuk Workspace dan beberapa akaun yang di bawah pengawasan seperti akaun kanak-kanak. Ia juga tidak layak untuk peranti-peranti Pixel 7 yang dijual di seluruh India dan Singapura.

Google menerangkan bahawa tawaran percuma ini tidak akan memberi kesan kepada mana-mana pelanggan yang sudahpun melanggan pelan 2TB+. Ini juga tidak akan menyebabkan apa-apa impak pada harga dan kelebihan pelan premium Google One.

Walaupun kelebihan ini tidak akan tiba sehingga Disember, kelebihan di dalam Pixel 7 bersama pelanggan aplikasi Google One yang tersedia nampaknya sudah menyerupai ciri-ciri VPN di dalam peranti mereka. Semoga ada integrasi yang lebih mendalam dan serupa untuk peranti Pixel menguruskan Google Fi VPN. Setakat ini, pembawa Google hanya menunjukkan ikon status bar dengan notifikasi yang tidak terpisah.

Disember menjadi bulan yang agak penting untuk siri Pixel memandangkan Feature Drop akan dikeluarkan bersama versi Android 13QPR1. Walaupun Pixel 7 mempunyai ciri yang hampir sama seperti di dalam QPR1, ianya masih lagi berada di versi Android 13 di mana tiada animasi Quick Settings seperti yang diterterakan. Clear Calling juga menjadi salah satu ciri “Akan Datang” yang telah Google iklankan untuk meningkatkan lagi kualiti dalam panggilan telefon.

Sumber : 9To5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY