Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Stadia Akan Ditamatkan Tahun Depan

Google Stadia Akan Ditamatkan Tahun Depan

Diterbitkan September 30, 2022 oleh Amalina Athman

Setelah beberapa tahun diperkenalkan, Google kini mengumumkan perkhidmatan penstriman permainan video Stadia akan ditamatkan pada 18 Januari 2023.

Menurut Google, pihaknya akan membayar balik bagi setiap pembelian perkakasan Stadia yang dibuat melalui Google Play Store serta semua pembelian kandungan permainan dan tambahan yang dibuat melalui Stadia Store. Proses bayaran balik dijangka selesai pada pertengahan Januari 2023.

Berkaitan

  • Google Dilapor Mahu Perkenal Alternatif Dolby Atmos Dan Vision
  • Pixel Watch Diperlihat Secara Rasmi Dalam Video Berdurasi 50 Saat

Sebagai tambahan, pemain juga masih mempunyai akses kepada library permainan mereka dan boleh bermain sehingga 18 Januari 2023.

Dalam pada itu, Google mengatakan teknologi yang ada pada Stadia berpeluang untuk digunakan dalam perkhidmatan lain seperti YouTube, Google Play dan Realiti Terimbuh (Augmented Reality).

Terdahulu, Google melancarkan Stadia di acara GDC 2019 sebagai perkhidmatan penstriman permainan video. Melaluinya, pengguna boleh bermain permainan video berkualiti tinggi tanpa sebarang muat turun mahupun peranti berkuasa tinggi.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY