Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google company

Google Dilapor Mahu Perkenal Alternatif Dolby Atmos Dan Vision

Diterbitkan September 22, 2022 oleh Amalina Athman

Google kini dilaporkan merancang untuk memperkenalkan alternatif bagi format audio dan video yang boleh menggantikan Dolby Atmos dan Vision.

Menurut laporan, Google ingin memperkenalkan dua format media baharu untuk menawarkan video HDR dan audio 3D di bawah jenama baharu, tanpa yuran pelesenan.

Ketika ini, Dolby mengenakan bayaran lesen kepada pengeluar peranti yang ingin menambah sokongan Atmos dan Vision,  di mana ia diiklankan oleh perkhidmatan penstriman sebagai ciri premium. Sebagai contoh, pengeluar kotak penstriman perlu membayar sekitar $2 (~RM9.14) seunit untuk Dolby Vision dan Dolby Digital.

Berkaitan

  • Google Umum Acara Pelancaran Pixel 7 Dan Pixel Watch Pada Awal Oktober
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Google Perkenal Widget Untuk Skrin Kunci iOS 16

Namun, Google merancang untuk menyediakan format media tanpa bayaran lesen kepada pengeluar perkakasan dan penyedia perkhidmatan. Dikhabarkan, fokus utama ialah YouTube, yang ketika ini tidak menyokong Dolby Atmos atau Dolby Vision, untuk menyokong penggunaan format media baharu itu.

Google menjangkakan pengguna akan menghasilkan rakaman video dalam format baharu itu pada telefon dan seterusnya memuat naik ke YouTube.

Dinamakan dengan kod “Project Caviar”, Google dilaporkan telah melakukan perbincangan dengan pengeluar perkakasan serta penyedia perkhidmatan.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY