Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tensor G2 5nm

Tidak Seperti Dijangka, Google Tensor G2 Sah Masih Guna Cip 5nm

Diterbitkan Oktober 11, 2022 oleh Amalina Athman

Menerusi acara pelancaran Pixel 7 dan Pixel 7 Pro, Google telah memperkenalkan cip pemproses Tensor G2 yang menguasakan kedua-dua peranti itu.

Terbaharu, jurucakap Google melalui Android Authority memaklumkan cip Tensor G2 adalah berasaskan teknologi 5nm.

We purpose-built Google Tensor G2 for real-world use cases. Our final architecture, which includes 5nm, helped us reach that goal while increasing both performance and power efficiency. This approach also allowed us to add new capabilities while taking a step forward on machine learning with our next generation TPU with G2

Ini bermakna, siri Pixel 7 tidak menggunakan teknologi pemproses 4nm seperti yang dijangka oleh beberapa pihak.

Berkaitan

  • Siri Google Pixel 7 Rasmi - Sokongan Kemas Kini Hingga "5 Tahun"
  • Pixel Watch Dilancarkan, Jam Tangan Pintar Pertama Google

Seperti diketahui, Samsung merupakan rakan kongsi utama Google, yang mungkin bermakna syarikat itu adalah pembekal proses 5nm tersebut. Mengikut roadmap Samsung, mereka mempunyai dua nod 5nm iaitu proses 5LPE yang sama digunakan pada Tensor generasi pertama dan 5LPP yang lebih baharu.

Bagaimanapun, memandangkan Google tidak memberikan maklumat spesifik mengenainya, tidak dapat disahkan nod pembuatan khusus yang digunakan atau syarikat yang terlibat dalam pembuatan cip 5nm berkenaan.

Gambar utama: Google

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY