Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CNET pixel 7 pro

Sebilangan Pengguna Lapor Isu Skrin Pada Google Pixel 7 Pro

Diterbitkan Oktober 17, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 17, 2022 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, beberapa pengguna siri Google Pixel 7 telah melaporkan isu berkaitan skrin pada peranti itu.

Menurut Android Central, sebilangan pemilik Pixel 7 Pro di Reddit menyatakan skrin terasa ‘melekit’ dan tidak konsisten apabila ditatal serta kegagalan papan kekunci berfungsi semasa menaip.

Tidak hanya itu, pengguna lain turut mendakwa mereka menghadapi kesukaran untuk meleret ke kiri atau kanan dalam sesetengah aplikasi.

Berkaitan

  • Siri Google Pixel 7 Rasmi - Sokongan Kemas Kini Hingga "5 Tahun"

Sebagai penyelesaian, sebilangan pengguna menyatakan isu tersebut boleh dibaik pulih apabila memuat turun dan memasang kemas kini sistem terbaharu. Bagaimanapun, sebilangannya pula mengatakan isu tersebut masih tidak dapat diselesaikan, walaupun sudah dipasang dengan kemas kini terbaharu.

Buat masa ini, belum ada kenyataan lanjut daripada Google berhubung isu berkenaan.

Gambar utama: CNET

Sumber: Android Central

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY